Ticker

6/recent/ticker-posts

Selalu bersangka baik dengan Allah.Boleh jadi, ianya adalah titik pertemuan untuk kita bertemu dengan pilihan dari Allah.


Assalamualaikum

Langit mana yang sentiasa cerah?,
Terkadang di selang seli dengan petir dan guruh,
Sedangkan tunas pokok di hempap ujian menderu. 

apatah lagi  kita sebagai hambaNya.

Kita akan selalu di uji dalam soal hati dan jodoh. Kerana kita terlalu memikirkannya.Mengutamakan soal jodoh itu. Usaha membukit tetapi dia yang kita mahu makin menjauh. 



Hati mula kecewa, persoalkan kenapa ya Allah dia bukan untukku ? 

Maka tempiakan syaitan mula bersorak. Akhirnya kesan 11 bulan aku tinggalkan di hatinya berhasil.

Dia sangsi pada tuhannya, dia ragu dan marah pada tuhannya, berkata keriangan syaitan.

Sedangkan Allah mencintai orang-orang yang sabar. Firman Allah dalam Al-Qur’an surat Ali Imran ayat 146: “Dan berapa banyaknya nabi yang berperang bersama-sama mereka sejumlah besar dari pengikut (nya) yang bertakwa. mereka tidak menjadi lemah Karena bencana yang menimpa mereka di jalan Allah, dan tidak lesu dan tidak (pula) menyerah (kepada musuh). Allah menyukai orang-orang yang sabar”.

Bukannya Allah itu tak tahu bagaimana hatimu, Allah itu Maha Melihat, Maha Mendengar , Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Andai hatimu goyah dengan apa yang hadir selalulah. Maka sebutlah Astaghfirullah hal adzim" : artinya adalah "Aku mohon ampun kepada Allah yang Maha Agung" (Istighfar).


Hakikat sebenar Allah ada perancangan terbaik untuk kita. Tetapi dalam satu sudut yang lain, pernah kita mensyukuri nikmat yang Allah berikan.

Bila kita bangun pagi, pernah tak ucap Alhamdulilah kerana masih bernafas di muka bumi Allah. Kerana tak semua merasai nikmat hidup keesokannya harinya.

Di kurniakan ibu dan ayah dan pelajaran baik-baik. 

Dapat melihat,
Dapat berjalan,
Dapat bernafas,
Dapat bercakap,
Dapat mengidu,
Dan pelbagai lagi.

Adakah kita pernah ucapkan syukur.

Soal jodoh itu ada ujiannya, kita berusaha, kita berdoa dan akhirnya tawakal kepada Allah.

Kita dapat bertemu ramadhan ini makq hargailah, tidak semuanya dapat merasainya. Maka lupakan seketika soal jodoh, dekatkan diri dengan Allah dan perbanyakkan amalan. 

Selama 11 bulan cukup sudah kita biarkan hati kita di sakiti oleh kita.. Biarkan ianya tenang dan kembali kepada penciptaNya.

Selalu bersangka baik dengan Allah.Boleh jadi, ianya adalah titik pertemuan untuk kita bertemu dengan pilihan dari Allah.


Catat Ulasan

5 Ulasan

mamapp berkata…
Allah Yang maha tahu APA yg terbaik untuk kita
paridah berkata…
SENTIASA BERSANGKA BAIKDGN RAHMAT ALLAH
Mar Mansor berkata…
in sha Allah...salam ramadan..
JanjiKita