Assalamualaikum
Selalu aku berkongsi pengalaman dan cerita sebagai tauladan. Tanpa di sangka aku di pertemukan dengan seseorang.
Seorang wanita yang pernah di kecewakan lagi seminggu perkahwinan mereka. lelaki yang sangat di cintai telah khianati cinta mereka dan telah ada penganti yang lain. Beberapa bulan lepas itu dia dapat tahu mereka telah berkahwin.
Hati mana tak hancur, hati mana tak terluka. Tetapi di sebalik apa yang berlaku. Di dekatkan diri pada Allah. Selama ini tak solat, dia mula solat. Berdoa menangis memohon pada Allah.Adakah mampu hari-hari mendatang, cetusnya dalam hati.
Mula rapatkan diri dengan majlis ilmu dan usrah.Saat itu mula di sedar, Allah sayang padanya dan dia ada keluarga yang sayang sangat pada dia.Hanya doa yang di perkuatkan di samping perbanyakkan sedekah dan amalan harian.
Istikarah dan doa, Allah membuka rasa untuk seorang lelaki. Dalam dia seorang lelaki dah lama meminatinya dalam diam. Melamarnya dan alhamdulilah kini mereka bahagia bersama. Cinta kerana Allah mengenali Allah dan rasulnya.
Kita selalu rasa kita sendiri, rasa dunia ini sempit, sakit susah tapi tanpanya kita akan sombong dan lupa diri.Bila di timpa masalah barulah kita menangis dan merintih, memohon padanya. Hilang sifat ego dan amarah.Akhirnya kita kembali kepada Allah.
Pernah satu hari, di uji dengan hebat bagaikan di jatuh di timpa tangga. Satu persatuan ujiannya. Kereta di langgar orang dan pelbagai lagi.
Hati itu amat marah dan penuh dengan persoalan.Di datangi seorang ustaz di pesan. Bila di timpa musibah, banyakkan buat solat taubat dan sedekah.
Mungkin Allah nak beri rahmat dan kebaikan nak datang.
Aku cuba turuti, alhamdulilah rezeki dapat kerja baru. Tanpa di duga. Alhamdulilah.
Di situ aku di ajarkan untuk selalu bersangka baik dengan Allah.
Teringat tazkirah ustaz ebit lew
Siapa tahu rupanya Allah simpan kegembiraan disebalik semua kesedihan yang kita lalui.
Adik beradik kita yang paling nakal akhirnya menjadi anak yang paling baik dan banyak khidmat buat ibubapanya.
Pelajar yang direndahkan dan dipandang rendah tiba-tiba jadi paling berguna buat masyarakat..
Orang yang lambat kahwin dan tiada anak akhirnya paling bahagia dan gembira sampai akhir usia..
Orang paling gengster akhirnya orang paling banyak menangis depan Allah..
Buat dakwah tapi sentiasa dihina dan direndahkan dan mungkin disalahfahami tetapi tiba-tiba menjadi orang yang kata-katanya diingati dan jadi asbab hidayah. Semua ulama yang soleh dulu pernah masuk penjara kerana kebenaran..
Kematian orang paling disayangi supaya dia diberi rehat dan Allah ingin kita belajar erti kehidupan agar menjadi lebih bermakna..
Belajarlah melihat disebalik kesusahan ini Allah sediakan rahmat yang besar..
Jika Allah ingin beri kebaikan pada seseorang,Allah mula beri musibah. Tidak ada orang akan gagal di dunia dan akhirat melainkan orang yan berputus asa dari rahmat Allah. Ubat bagi segalanya sangka baik pada Allah
3 Ulasan