Ticker

6/recent/ticker-posts

Saya dulu orang selalu tanya bila nak kawen,Saya jawab OTW je



Assalamualaikum

Allah menghantar orang tertentu kepada kita sebagai peringatan dan segalanya bersebab. Rasa terpanggil untuk berkongsi cerita dari seorang sahabat ini. Sebenarnya dalam soal jodoh dan rezeki ada sebagaimana kepercayaan dan kecekalan hati kita kepada Allah.



Ujian demi ujian Allah hadirkan, bertemu dengan orang yang salah berkali-kali hingga bagaikan hati tawar untuk menerima sesiapa sahaja yang hadir. Tetapi kita manusia penuh dengan khilaf, Allah tetap masih hamparkan rasa sayangnya pada kita. Satu ketika entah mengapa, bagaimana dan bila kita bertemu dengannya buatkan hati kita rasa sesuatu yang luar dari kebiasaannya.

Bacalah nasihat dari seorang sahabat. 

Saya dulu pun rasa macam dah give up nak cari jodoh. Tapi bila dah serahkan pada Allah 100%, dalam masa 3 bulan doa tiap-tiap malam, dan hati dah betul-betul lapang dan redho dengan ketentuan Allah. Tiba-tiba sahaja student saya kenalkan abang dia dgn saya. Terlalu mudah setelah lama menunggu jodoh, Alhamdulillah tak sampai setahun kenal terus kawen tahun lepas. Sebelum kawin masa talde jodoh kita nak sangat kawen, nak bahagia n sweet-sweet, nsk ada anak-anak, tapi kita kena betulkan niat. 

Sebab perkahwinan adalah tanggungjawab. Sebelum kawen kita tak tau buruk baik dia. Kita rasa macam lepas kawen kita boleh sweet-sweet n takkan gaduh-gaduh. Tapi hakikatnya pertelingkahan dan perbezaan pendapat tetap akan ada sebab kita berbeza cara didikan, berbeza latar belakang. Bila dah kawen baru kita tahu realiti alam perkahwinan sebenar yang penuh dengan cabaran. Kena bawa banyak berdoa dan bersabar. Bukan hanya indah-indah belaka.Kawen pun ada jugak yang tak bestnya tau? Haha.. So, pada yang tak kawen lagi, be realistic ok? Jangan terlalu bayangkan yang sweet-sweet macam dalam movie itu. Sebab realitinya kadang-kadang  tak camtu.Saya pesan terutamanya pada perempuan la.. 


Saya dulu orang selalu tanya bila nak kawen,Saya jawab OTW je..Tak pun insyaAllah.. haha.. sekarang orang duk tanya bila nak ada baby, saya cakap insyAllah, tolong doakan saya.. sedang diusahakan.

So, berdoalah pad sAllah selalu, bila dh tiba "waktu" yangg sesuai, pasti Allah akan mudahkan segalanya. 


Mugkin kita fikir aku akan Bahagia bila aku kawen nnti.. kalau  tak kawen  tak rasa bahagia.Tak semestinya sebenarnya.. ada saje orang yang kawen tapi suami selalu pukul isteri.. tapi, bahagia sebenarnya terletak pada Hati Yang Selalu Bersyukur atas segala Kurniaan Allah.. sebab terlalu banyak nikmat yang Allah dah bagi pada kita yang kita  tak minta pun Dia bagi.

Fabiayyi aala irobbikuma tukazziban..
surah al rahman..

Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yangg kamu dustakan??
Maka, mari kita bersyukur selalu, jangan sampai kita jadi Hamba yang kufur nikmat.. nauzubillah..



Catat Ulasan

3 Ulasan

paridah berkata…
Jodoh setiap kita Allah dh tentukan
Sue Izza berkata…
indah bila yang indah saja di omokkan,cabaran dan segala keoayahan menghadapi hdup rumatangga tak di dedahkan untuk lebih bersedia.