Ticker

6/recent/ticker-posts

Tuhanku mahu yang terbaik, terbaik untukku insan kerdil ini


Assalamualaikum

Sepertimana mereka yang mengikuti cerita aku. Mungkin akan tahu bahawa dulunya aku seorang yang pendiam dan introvert. Menjadi masalah terbesar aku adalah bimbang, apa orang akan kata tentang aku.

Perasaa itu buatkan aku kurang yakin diri dan rasa diri ini terlalu banyak kelemahan.Sehingga aku sendiri ragu pada diri sendiri. Antara hal yang pernah terjadi aku pernah di malukan di khalayak ramai dengan cacian yang sangat menyakitkan hati.

Perancangan Allah itu maha hebat, saat ujian itu hadir, hati ini hancur, air mata sebagai peneman. Mereka tetap perlekehkan aku. Tapi aku tiada pilihan ? 



Itulah mainan akal, aku yang sekat dan setkan di minda separuh sedar aku tak boleh lakukan. Aku banyak kelemahan.Sifat rendah diri itu bagus tetapi bukan menghina diri dengan kata-kata dan perlakuan negatif.

Apa yang aku lakukan adalah

Pertama : Kena yakin hati dan minda kau bahawa Allah selalu ada dengan kau dan segala akan ada hikmah.Walaupun ianya amat perit , ujian bertimpa-timpa kau kena kuat. Yakinkan hati bahawa ada kebaikan yang Allah nak berikan. Nasihat seorang ustaz bila kita di landa musibah perbanyakkan bersedekah. 

Kedua : Berhenti berfikir apa yang orang kata tentang kita dan zikir di bibir dan hati.

Hakikatnya kita tak boleh nak tutup mulut orang. Walaupun kita cuma mereka tetap merasa tidak puas. Apa yang boleh kita lakukan berusaha untuk ke arah kebaikan melalui perkataan dan perbuatan kita. Hati jangan biar sepi, zikirlah memuji nama-nama Allah dan berselawat ke atas Nabi Muhammad saw. Kurangkan perkataan lagha (sia-sia).

Ketiga: Jauhi gosip dan group whatsapp yang bukan-bukan.

Satu pekara perlu kau lakukan adalah jauhi dengar cakap pasal orang dan jadi penyampai. Kadang dari situ orang akan label kau dengan pelbagai andaian. Pengalaman aku, pernah satu group di cipta hanya untuk mengutuk aku. Sedih betul dapat tahu. Kawan baik sendiri admin. Untuk jadikan kau insan positive jauhi aura negatif melalui perkataan-perkataan tak baik kerana ianya menjadi kebiasaan sehingga beri kesan yang tak baik untuk kita.

Keempat : Selalu motivasikan diri sendiri dan jaga hubungan dengan Allah dan manusia sekitar kita.

Apa yang selalu aku buat adalah aku selalu tepuk bahu kanan sendiri dan katakan kata-kata motivasi. "Izahar biar orang nak cakap apa tentang kau ! kau boleh capai target yang kau nak ! Allah selalu bersama kau !

Baiki hubungan kita dengan Allah, jaga waktu solat dan jangan ada tinggalkan. Aku pun sedang berusaha.Apa yang aku lakukan setiap kali keluar ke kerja aku akan salam mak , cium mak dan minta dia doakan aku agar aku jadi anak yang baik dan insan bermanfaat keluarga dan masyarakat dan doakan kejayaan aku.

Kelima : Jauhi suudzon dan selalu husnudzon 

Selalu bersangka baik selagi termampu. Jangan menghakimi seseorang dari luaran. Cantik tak semestinya baik. Kurang rupa paras tak semestnya jahat.

Hati-hati itu perlu tetapi jangan bersangka buruk. Kerana titik-titik hitam itu buatkan hati kita ternoda dan bagai arang membara.

Dekatilah orang yang baik-baik, semoga kebaikan selalu bersama kita. Diam bukan bererti kita kera sumbang. Diam itu lebih baik dari berkata-kata tanpa batas hingga ada hati yang terluka.

Tuhanku mahu yang terbaik, terbaik untukku insan kerdil ini. Moga aura positif itu selalu hadir dan jauhi zalimi diri kita sendiri.

Catat Ulasan

1 Ulasan

Mrs. A berkata…
Waalaikummussalam...

Nice entry, sangat terkesan.