Ticker

6/recent/ticker-posts

Ya rab, aku tak sanggup kehilangan dia


Ya rab, aku tak sanggup kehilangan dia. Umurku kian bertambah, dia juga kian berusia. Biarlah hari-hariku menemaninya.

Ya rab, jangan biarkan aku jadi anak derhaka terhadapnya,jangan biarkan kata-kata buatkan hatinya terluka.Jangan biarkan air matanya mengalir keranaku.

Cukuplah pengorbanan selama 27 tahun membesarkan aku dan melahirkan aku. Melayani setiap kerenahku, rajukku dan marahku.

Mata ini yang menjadi saksi hidupnya yang sukar untuk membesarkan kami adik beradik. Bagaimana harus aku tak sayang dia. 

Ingat lagi, orang kata dengan mak . Jangan berangan nak sekolah anak kalau tak ada duit.

Menangis dia, tapi hatinya cekal untuk memberikan pendidikan kepada kami.Dia yakin bahawa dengan pendidikan boleh mengubah nasib kami.

Kerja kilang dekat 30 tahun, kerja 12 jam berdiri. Kerahkan kudratnya demi kami.Bagaimana untuk aku lupakan pengorbanannya ?

Kami jalan kaki sama-sama hantar aku ke sekolah untuk pastikan aku dapat ilmu. Jadi orang yang berjaya. 

Duduk di temani lilin malam, pernah satu hari tempat bilik kami terbakar. Pernah orang lain ambil tahu ? 

Hanya orang tahu mengutuk kami, mengata kami dan memperlekehkan kami.Hidup kami bagaikan kais pagi kais petang makan petang. Di blog inilah tempat ku hamparkan cerita kasih sayang seorang itu.

Tahukah kau syurgaku di bawah telapak kaki ibuku ? 

Takkan ku biarkan dia terseksa kembali. Cukuplah cukuplah apa yang dia lalui.

Terima kasih mak kerana jadi ibu yang terbaik untukku. Tiada gantinya untukku.Jauh di sudut hati,
aku merinduinya membuatkan air mata tanpa di sedari bercucuran.
senyumanya, gelak tawanya penawar dukaku.
Ketika hati gundah , kau peneman yang setia,
ketika aku duka, kau memberi jalan setiap masalahku
Ketika lara, kau menjadi penghiburku
kata-katamu adalah wadah jiwaku 
kekuatan untuk terus aku bernafas.
Tiada duanya untukmu ibu,
tiada bandingnya dirimu dari lain.
Allah menciptakanmu khas untukku ibu.
Terima kasih atas segalanya.
Hari-hariku hanya bersamamu ibu

Selamat Hari Ibu wahai ibuku yang tercinta

Catat Ulasan

3 Ulasan

Sue Izza berkata…
Semoga Allah murahkan rezki acik tuk jaga mak ke akhir hayat,aminnnn...
Izyan Balqis berkata…
mujur masih punya emak. Hargailah dan jagailah dia sebanyak mampu yang kita boleh. Bila dah tak ada, rindukan dia tak kan pernah hilang. huuu