Ticker

6/recent/ticker-posts

10 Iklan Raya 2017 Yang Perlu Kamu Tonton Yang Pasti Akan Menyentuh Perasaan

Assalamualaikum


Kita dah tiba, 10 malam yang terakhir di bulan ramadhan. Rasa rindu dan sayang nak tinggalkan bulan yang penuh hikmah ini. Semoga kita manfaatkan masa yang ada, dan raya nak tiba ! Hari kemenangan yang di nanti-nantikan dan bermaaf-maafan..

Rasa tak lengkap bila tiba hari raya jika kita di hidangkan dengan iklan atau shortfilm yang menarik.

Sambil-sambil boleh saksikan 10 iklan terbaik pilihan acik. Pada acik mesej yang di sampaikan ada mesej yang sangat bermakna dan paling kelakar. Seperti biasa kita mesti nanti-nantikan iklan petronas yang tak pernah mengecewakan, mampukah yang lain menandinginya ?

10 Iklan Raya  terbaik 2017





1. Iklan Raya TNB 2017 : Dugaan Raya Aida



Bermula harapan, menjadi dugaan. Macam-macam yang perlu Aida tempuhi demi memenuhi permintaan keluarganya. Berjayakah dia?





2.Iklan Raya Aidilfitri Astro 2017 - Kisah Benar Adli & Luqman: Dari Hati Ayah


Kisah sebenar mengenai seorang ayah, Adli yang mahu menebus kembali kesilapan lalu dan mengotakan janji terhadap anaknya, Luqman yang autistik.



Kehidupan Adli berkisarkan mengenai perjalanannya dalam mendapatkan kemaafan dari Luqman, tetapi adakah Adli sendiri telah memaafkan dirinya?


Kami ingin mengucapkan kepada seluruh warga Malaysia, Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir Batin, Kosong Kosong Dari Hati.




3.Iklan Raya Mynic 2017 - Filem Pendek #lagilagibahuluemak



Syurga kita, redha mereka. Sempurnakan Aidilifitri kita. Kesinambungan #bahuluemak 2016. Belum tonton? 




4. Iklan Raya Pos Malaysia 2017


Tanggungjawab seorang pekerja itu sangat penting, pada masa yang sama tanggungjawab pada keluarga menjadi keutamaan. Susah juga ye jadi posmen. 



 

5.Iklan Raya AKPK 2017 : Sahabat Raya 



Ibarat sahabat, AKPK sentiasa ada untuk berkongsi dan membantu masyarakat membuka jalan penyelesaian kepada setiap permasalahan kewangan. Sahabat yang prihatin tidak akan membiarkan sahabatnya dalam kesusahan dan keseorangan.


6. Iklan Raya Digi 2017 : Kasih Sayang Duit Raya Terbaik


Ikuti pengembaraan Rizal, seorang perantau kota yang dalam perjalanan pulang beraya ke Kampung Syawal. Ketika dalam perjalanan, Rizal dihantui dengan “Beban” yang semakin berat dan semakin besar keatas dirinya. #DigiRaya






7.Iklan Raya MyEG 2017 : Gitar Buruk 



Ramadan adalah bulan mulia bagi memperbaiki diri dalam pelbagai aspek. Seperti kisah Rahman dan Razif. Jadikannya sebagai satu iktibar untuk tidak melengahkan apa yang kita boleh settle-kan hari ini agar mendapat keberkatan di bulan Ramadan. Terutamanya hal-hal yang anda seringkali terlepas pandang seperti pertengkaran, hutang, zakat dan sebagainya. Bab zakat ni, boleh je nak settle cepat di https://www.myeg.com.my. Saman dan road tax pun boleh juga! Salam Ramadan dan Selamat Hari Raya Aidilfitri daripada MyEG.




8.Iklan Raya Yeo's 2017 : #DiariRamadhanOpah


Terkadang mencari keberkatan itu tak perlu sampai mendongak ke awan. Keberkatan itu cukup sekadar mengisi ruang-ruang kecil kehidupan bersama insan yang tersayang. 







9.Iklan Raya Samsung 2017 : Mulakan dengan yang baharu 



Setiap kita ada satu penyesalan. Adakah masa mampu menghilangkannya
Atau kita perlu kembalikan masa yang lalu?

Baru 9 , dan satu lagi ? Tentulah ruangan untuk iklan raya Petronas 2017 yang tak pernah mengecewakan. Jadi kita tunggu dan lihat. Jadi puas hati dengan iklan di atas ? 

Kalau ada lagi best sila kemukan di ruangan komen. Boleh di ambil kita dan akan di tambah. 



Catat Ulasan

7 Ulasan

Ainim Rashihah berkata…
menitis air mata tgk iklan #lagilagibahuluemak tu
mamapp berkata…
Huhu banyaknya pengajaran iklan ni semua
zam berkata…
satu iklan saya jumpa mantap http://mrzamri.com/iklan-raya-2017/
paridah berkata…
IKLAN RAYA MMG MENARIK DAN MENYENTUH PERASAAN
Maria Firdz berkata…
belum tengok habis lagi..
Mummy Audya berkata…
macam belum nengok je iklan ni hehhe kne nengok nii
apekinahdotcom berkata…
Setiap tahun iklan raya tak pernah mengecewakan