Ticker

6/recent/ticker-posts

Jangan kau mengharapan kesempurnaan, andai engkau belum mengerti sebuah kehilangan





Assalamualaikum

Aku selalu menjaga hati dan pergaulan agar tidak terlanjur dari telunjuk nafsu.
Cuba tundukkan pandangan agar tidak melihat kecantikan semata.
Tetapi berkali juga aku di pertemukan dengan seseorang yang salah. Hingga hati ini bagaikan di curah air limau.

Pedih ! Sakit !

Cukup aku melihat di balik kebaikan ujian.Kadang tak tertahan emosi selalu terganggu. 

Mula hati dan emosi mengawal jiwa, memberontak. Lalu di datangkan musibah satu persatu satu sehingga kau terduduk. Terpaku , hati yang pilu di tambah lagi sedihnya. 

Di mana kawan kau di kala kau gembira? 
Hilang!

Di saat kau jatuh perlukan seorang teman. Semua tiada ? 

Mengapa ? 

Lalu cetusan hatimu berkata :



"Allah sayang kamu, sejak hatimu memberontak semakin jauh pada tuhanmu. Kau lupa Allah itu maha Melihat. berdoalah , luahkan syair cintamu kepada dia "

Rasa tersentap seketika, aku rasa aku dah cukup jaga segalanya. Tapi itu apa aku rasa hakikatnya banyak lagi perlu aku lakukan.

Andai kau mahu yang sempurna tiada apa aku, 
andai kau mahu yang kacak dan cantik tiada juga pada aku, 
jika kau nak harta berlimpah ruah aku hanya mamberi beri semampumu.

Tetapi seandainya kau mencari seseorang yang sedang baiki diri dan sama baiki diri.Aku ada di sini.

Andai kau mahu seseorang yang terima seadanya. InshaAllah aku juga mampu terima dirimu sebagaimana kau menerimaku. 

Kau ada pegalaman perjalanan mu, begitu juga aku. Jangan kau mengharapan kesempurnaan, andai engkau belum mengerti sebuah kehilangan.

Kehilangan diri dan keyakinan pada tuhanMu.

Allah itu dekat dengan kita cuma kita selalu meletakkan jarak yang jauh.

Mari sama-sama kita mencari cintaNya. Semoga Allah pertemukan kita selayaknya untuk kita.

Catat Ulasan

1 Ulasan

Sue Izza berkata…
Aminnnnn semoga bertemu cinta insan yang mempunyai cinta Allah