Ticker

6/recent/ticker-posts

Kamu sudah usaha, dah berdoa, maka masanya untuk kamu tawakal


credit gambar dari :dunia jilbab

Assalamualaikum



Ramai di antara kita berteka teki tentang jodoh.Adakah dia ? atau dia mahupun dia ?



Tetapi jawapannya tetap membisu, terpaku, dan jiwa celaru tertanya. Adaka aku antara mereka beribu yang nasibnya malang , barangkali tidak bertemu dengan yang sering ku minta dalam doa.

Aku bukan tuhan menentukan siapa jodohmu,kamu bukan tuhan untuk menentukan takdirmu.

Tetapi sebagai hamba andai kita tidak menunaikan hak-hak  untuk tuan kita bagaimana untuk meminta lebih dari itu.

Mencari itu tak salah tetapi carilah dengan cara yang betul. Bermusyawarah, menjaga adab dan pergaulan. Jangan berdua-dua maka beramai-ramailah. Mungkin boleh risik-risik kenalan tentang dia sama ada sudah berpunya atau belum. Tapi janganlah baru kenal dah baby bobo , ayang mayang. Mahalkan sedikit cinta itu. Bukan tayang di laman sosial di manjakan dengan dengan kewahan semata. Tetapi melalui usaha kita dalam mengusaha menjadikan halal bagi kita.

Dah itu takkan nak duduk sahaja, menunggu ?

Kamu sudah usaha, dah berdoa, maka masanya untuk kamu tawakal. Kalau Allah berkehendak tiada yang mustahil baginya.

Jarak pertemuan yang Allah berikan itu pada kita ada sebabnya mungkin kita tak sedar. Kita terlalu jauh dengan Allah. Lelah hati kerana selalu kecewa bahkah terobek dengan mainan perasaan. Penantian kita rasanya terlalu lama, inshaAllah semoga ianya ada kebaikan dan hikmah yang kita yang dapat lihat.

Jadi Usaha terakhir berdoa ?

Allah suka kita berbicara dengannya melalui doa, Allah rindu bahasa lembut yang kita dituturkan, lahir dari hati dan penuh dengan emosi yang menginginkan sesuatu.

Lalu di hamparkan kita melalui ujian demi ujian untuk melihat keberadaan bagaimana hati kita sepertimana kita ucapkan kepadaNya.

Selalu kita terlalu memaksa dalam berdoa. Ya rab aku nak dia jadi jodohku. Ya Allah aku mahu jodoh yang terbaik dan sempurna untukku.

Mungkin kita boleh tukar. Ya Allah kurniakan aku seseorang yang dapat membuat imanku naik bersamanya. Yang menerima aku dan keluargaku sebagaimana aku menerimanya dia dan keluarganya.

Kurnialah kesabaran aku dalam apa jua yang berlaku.


Mungkin penggunaan ayat kita juga perlu di jaga. Tapi inshaAllah mungkin dari banyak-banyak doa kita pasti akan ada yang di makbulkan. Selalu bersangka baik denganNya. Allah itu Maha Mendengar dan Maha Melihat.

Doa itu bukanlah pilihan terakhir tetapi ianya boleh jadi  awal dan pertengahan dan mungkin usaha yang paling terbaik.

Paling penting untuk kukuhkan asasnya dahulu, andai asas kukuh maka dalam proses pembinaan juga pasti kukuh. Bila kita dah stabil inshaAllah jodoh itu akan datang. InshaAllah.

Sebab itu jangan selalu memendam rasa, terlalu mencintai dan di cintai takut-takut jiwa memberontak dan trauma.

Baik-baik jodoh nak dekat, di sebabkan kita terlalu beremosi makin jauh dia. Dan kelilingan putarannya kita tak tahu bagaimana.

Catat Ulasan

6 Ulasan

mrhanafi berkata…
Tak perlu dirisaukan sangat dengan jodoh. Dah tiba masanya datang ia..
dorsett pink berkata…
Best baca ni.. Ramai sangat yang tanya & risau asal jodoh. Btw, good entry( thumbs up)
Yang penting usaha ..doa dan tawakal ..
paridah berkata…
SELAMAT HARI RAYA ACIK N FAMILI MAAF ZAHIR BATIN
mamapp berkata…
Usaha Dan doa banyak2. Mama Ada tips Dari ustazah fatimah azzahra nanti mama share Kan ye