Ticker

6/recent/ticker-posts

Maaflah Dia Walaupun Di Kala Kita Ada Kesempatan Untuk Membalasnya

credit : alwanizolkifli

Assalamualaikum

Kita manusia hakikatnya tak pernah lari dari kesilapan. Tetapi bukan alasan untuk kita terus mengulangi kesilapan yang sama.

Tapi kerana egoan kita,  hilang sahabat.
Hilang orang yang kita sayang.
Memang sakit bila mengenangkan apa yang dia telah buat.

Tetapi memaafkan ada kebaikannya. Sampai bila kita nak simpan dendam tersebut dan biarkan hati kita terluka ?

Memang luka di tangan nampak berdarah, luka di hati siapa yang tahu. Tapi sampai bila ?

sehingga 7 keturunan ?

Hakikatnya ianya tidak mengubah apa-apa. Kadang dalam tidak kita sangka segalanya adalah perancangan Allah untuk uji dan jadikan kita insan lebih baik.

Memang ambil masa, tetapi memaafkan itu lebih akan buatkan hati kita tenang dan damai tanpa ada benci dan sakit hati. 

KAU TAK RASA APA YANG AKU RASA ! jerit pak Samad.

Memang benar tapi teringat pula kisah dari Da’thur bin al-Haris.

Suatu hari, ketika berjumpa Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam yang sedang berehat. Da’thur mengambil pedang dan menghulur ke tengkuk Rasulullah dan mengugut dengan katanya “siapa yang boleh menyelamatkan kamu?” 


Baginda menjawab: ALLAH! Da’thur terkejut dan pedang di tangannya terlepas. Rasulullah mengambil pedang itu dan menghunus kepada Da’thur dan bertanya: siapa yang boleh menyelamatkan kamu? Da’thur takut dan yakin dia akan dihukum. Tetapi Rasulullah sallallaahu alayhi wa sallam memaafkannya kerana sifat Baginda yang pengasih. Menggunakan kuasa kasih sayang, Musuh bertukar jadi kawan!” Allah berfirman,

Dan tidaklah sama (kesannya dan hukumnya) perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat. Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik; apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib." [Fussilat 41: 34]

Jika Da’thur dihukum, musuh mati, kawan tidak bertambah.Jika Da’thur dimaafkan, musuh ‘mati’ kawan bertambah.

Demilianlah kuasa memaafkan. Sesuatu yang hanya boleh berlaku dengan adanya sifat kasih sayang. Keupayaan untuk membalas kejahatan dengan kebaikan. Manusia juga ramai yang bertaubat apabila kejahatan demi kejahatan yang dilakukannya, akhirnya mereka tersedar yang Allah masih membalas kejahatan mereka, dengan KEBAIKAN!

Biarlah di kala kita mempunyai kesempatan untuk membalas tetapi andai secebis hati kita ada kemaafkan maka maafkanlah.Ambillah masa semahumu.



Catat Ulasan

6 Ulasan

mrhanafi berkata…
Tak ramai yang sanggup memaafkan kesalahan orang lain kalau kesalahan itu amat memyakitkan
paridah berkata…
MEMAAFKAN MENENANGKAN PERASAAN...
Lady Tash Roy berkata…
Bukan mudah untuk memaafkan apatah lagi jika manusia itu masih tidak sedar akan kesalahan mereka dan masih melakukan perkara sama dan tidak mahu mengaku kesalahan mereka
Lyana Ishak berkata…
Memang perlu memaafkan orang yang buat salah kepada kita tapi sukar dan akan mengambil masa untuk betul2 memaafkan ..
Farahin Esa berkata…
Kalau dah x ingat mmg senang je nak maafkan. Tp kalau jenis yg melekat kat hati ni, whew berperang rasenye nk maapkan.