Ticker

6/recent/ticker-posts

SAPS Memudahkan Ibu Bapa Untuk Semak Keputusan Peperiksaan Anak Mereka Secara Online


Teringat dulu-dulu :

Acik, exam macam mana ? lulus semua ? , mak tanya pada aku.

Ok mak semua lulus, balasku. Dapat no 3 tau mak.

Dalam hati , no 3 dari belakang. Kemain takut nak bagitahu mak.Terpaksa sembunyikan.

Tapi sekarang tak boleh lagi. Dalam kita sembunyikan pada mak ayah kita. Mereka boleh periksa tanpa pengetahuan kita SGO.

Apa itu SGO?


SGO atau Sistem Guru Online ialah website pendidikan yang sangat berguna untuk para guru, ibubapa dan murid-murid yang bersekolah di sekolah rendah dari tahun 1 hinggalah UPSR tahun 6 begitu juga yang di sekolah menengah tingkatan 1 hingga tingkatan 5 termasuk PT3 dan SPM.

Untuk periksa keputusan melalui SAPS.

SAPS atau Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah dibangunkan untuk mengumpul, menyimpan dan menganalisis data peperiksaan dalaman setiap sekolah di seluruh Malaysia. 

SAPS ini ialah ia merupakan sistem yang dibangunkan atas talian yang boleh dicapai oleh semua pihak iaitu KPM, JPN, PPD dan sekolah. Data yang disimpan melalui sistem ini oleh digunapakai oleh semua pihak terutamanya PD, JPN dan KPM untuk membuat sebarang analisis.

Sistem ini juga boleh digunakan sebagai "Early Warning System" kepada pihak pengurusan melalui Analisis TOV ( Take of Value), AR (Actual Result) dan ETR (Expected Target Result). 

Jadi taklah nak tunggu hari terbuka baru nak tahu keputusan anak macam dulu-dulu. Ahh tengok dalam talian, senang je kan. Tak adalah macam acik dulu.

Caranya mudah sahaja untuk "check" keputusannya. 3 Langkah mudah.



1. Layari ke laman web : SAPS (klik sini )
2. Masukkan no ic anak kamu
3. Pilih sama ada sekolah rendah atau menengah dan pilih tahun dan masukkan kod pengesahan

Maka terpaparlah keputusannya. Maka anak-anak berhati-hati, jangan di tanya kenapa tak boleh main game lagi, duit belanja di potong dan di hantar ke pusat tuisyen. 


Catat Ulasan

6 Ulasan

Lya Akif Imtiyaz berkata…
Hehe sekarang ni mmg segalanya dihujung jari jer acik..senang nak tau keputusan anak2..
Papaglamz berkata…
Mudah je skrg ni nk semak keputusan periksa ank. X blh la diorg menipu
aboya berkata…
kita bukak jugak tapi bukan utk semak markah anak... tapi utk masukkan markah anak-anak didik
Reena Sidek berkata…
wah senang nak check skrg. dpt menjimatkan masa dan tenaga. semua di hujung jari.
Reena Sidek berkata…
wah senang nak check skrg. dpt menjimatkan masa dan tenaga. semua di hujung jari.
paridah berkata…
MESTI ARIF IKUT KHNDAK SITUASI KINI AGAR XKETINGGALAN APAPUN LBH LG TNTG AKADEMIK ANAK2 KITA