Assalamualaikum
Dulu masa baru kerja rasa semua benda tak cukup. Setiap bulan dapat gaji habis begitu sahaja. Terfikir tak berkat ke gaji aku ?
Muhasabah diri, tidaklah aku seteruk itu.
Bagi mak kadang-kadang sahaja, sebab aku pun belum stabil.
Usia masih muda, penuh dengan emosi.Mengeluh dan terus mengeluh.
Mak memang di faham anak-anak dia dan mak bukan jenis minta-minta di memang sejak dari usia mudanya dia jenis berdikari. Kalau cerita pasal mak memang aku kagum dengan dia. Membesarkan kami tak pernah jemu dari kecil hingga aku dah besar-besar.
Yelah gaji dia kalau ikutkan memang tak cukup tapi bagaimana dia dapat sarakan kami 6 orang adik beradik. Banyak pekara yang aku belajar dari dia.
Aku pula masih bujang, tapi asyik tak cukup sahaja. Padahal aku dah buat perancangan setiap bulan.Aku siap ada buku kira-kira aku sendiri. Setiap apa jua yang kau beli pasti aku akan catatkan sebagai rujukan aku.
Yelah gaji aku kecil sahaja, cukup makan pakai aku untuk bayar bil kereta, makan dan duit minyak.
Aku memang rapat dengan mak, jadi apa yang berlaku aku pasti cerita dengan mak.
Satu hari itu mak cakap pada aku.
Kalau nak rezeki murah banyakkan beri sedekah pada yang lain walau sedikit, kata mak.
Aku mengangguk mengiakan.
Kak long aku pun pernah pesan pada aku,
"kalau nak luas rezekinya buatlah baik pada mak, bahagiakan dia, InshaAllah Allah bantu kita"
Tapi memang benar tak nafikan, saku cuba sedaya upaya aku, gaji sedikit atau banyak aku cuba kosistenkan setiap bulan bagi mak. Belanja dia lagi-lagi barang dapur dan barang masak.
Kalau ada lebih belanja makan dan belikan apa yang dia suka.
Alhamdulilah hati aku lebih tenang dan bahagia.
Alhamdulilah walau tak banyak rezeki selalu ada, kadang menang kontest la, job blog la dan pelbagai lagi. Rezeki ada sahaja sehingga akhir bulan, rasa cukup.
Dapatlah bayar ptptn dan hutang-hutang lain.
Ada lebih belanja adik beradik sekali , kerana dalam rezeki kita ada rezeki orang lain.
Itulah kadang kereta rosak, barang beli dah hilang dan pelbagai lagi. Rupanya kita kurang sedekah.
Itu teori akulah, tapi bila kita selalu memberi, inshaALLAH rezeki lain datang pada kita. Kerana bila buat orang bahagia, mereka mendoakan kita. Kekuatan kita adalah melalui doa-doa yang baik dari orang sekeliling kita.
Sabda Nabi SAW maksudnya: "Sedekah kepada orang miskin adalah sedekah, manakala sedekah kepada keluarga ada dua fadilat iaitu fadilat sedekah dan fadilat silaturrahim"
(Hadis Riwayat Tirmizi)
Orang yang banyak bersedekah akan dapat membersihkan hatinya daripada sifat bakhil dan mementingkan diri sendiri. Bersedekah dapat meredakan kemurkaan Allah SWT dan menjauhi su'ul khatimah. Bersedekah boleh menjauhkan bala dan musibah dengan izin Allah SWT dan merupakan salah satu cara dapat menghapuskankan dosa-dosa yang pernah kita lakukan. Bersedekah juga sebagai salah satu rawatan dan penyembuhan penyakit yang dihadapi oleh seseorang mukmin.
Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:” Tangan yang menghulur lebih baik daripada tangan yang menerima, mulakanlah dengan mereka yang di bawah tanggunganmu. Sebaik-baik sedekah itu adalah yang tidak mengorbankan keperluannya atau keluarganya, sesiapa yang menahan daripada meminta sedekah dia akan dijaga oleh Allah SWT, sesiapa yang merasa berpada-pada maka diberikan Allah SWT kelegaan kepadanya.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Barangsiapa menjamin untukku satu perkara, aku jamin untuknya empat perkara. Hendaklah dia bersilaturahim (menjalinkan hubungan baik) nescaya keluarganya akan mencintainya, diperluas baginya rezeki, ditambah umurnya dan Allah SWT. memasukkan ke dalam syurga."(Hadis Riwayat Ar-Rabii)
Hadis di atas secara jelas menyatakan betapa tingginya nilai silaturahim. Bahkan Rasulullah SAW memberi jaminan bagi para pelaksana silaturahim, hanya dengan satu amalan, ini ia memperolehi empat jaminan sekaligus; dicintai keluarga, diluaskan rezeki, dipanjangkan usia dan yang paling penting menjadi penghuni syurga Allah SWT.
Jadi nasihat acik pada semua, jangan kedekut dengan mak. Bahagiakanlah dia, cuba kosistenkan setiap bulan beri pada mereka. Ada lebih belanjalah makan.
Jika kamu seorang perempuan yang sudah berkahwin, nasihatkan suami kamu jika dia tak terlupa, jarang balik kampung, jarang beri duit belanja pada mak.Selalulah ingat mak di kampung. Allah pasti sayang kamu dan suami sayang kamu.
Jika kamu seorang lelaki, lengkapilah keperluan ibu dan keluarga kerana itu tanggungjawab kita.Jika ada sedikit tak salah kalau hulurkan sedikit.Paling penting selalu tengok mak dan abah dan buatlah mereka bahagia. Itupun sudah memadai.
5 Ulasan
Satu tip yang bagus.