Sejak aku hampir setiap kali aku di khianati oleh kawan baik aku sendiri. Aku mulai menjauhkan diri pada yang lain. Orang yang aku sayang, pergi tinggalkan aku.
Hati terus sepi,
Jiwa terus membisu,
Prajudis terhadap setiap insan yang hadir.
Aku tak percaya pada mereka, mereka hanya mahu apa yang mereka ingini. Tanpa fikirkan tentang aku, berlalu dan pergi.
Otak bercelaru dengan soalan, mengapa ? mengapa ? bagaiamana ? kenapa ?
Tetapi hanya tekanan perasaan yang aku dapatkan. Aku jadi semakin pendiam, membisu beratkan mulut untuk berkata.Kemana semua sendirian, makan, pergi kemana dan aku lebih habiskan masa bersendirian.
Lama juga aku tak percaya orang yang hadir dalam hidupku.Setiap kali ada yang mendekat aku cuba menjauhkan diri, aku tak nak di permainkan lagi. Rasa takut dan cemas.
Kau tahu lelah sudah di tipu, ketika cinta itu hadir mesti muncul insan ke tiga.
Kering sudah airmataku.
Tapi jiwa tetap gagahkan untuk aku lalui semua ini.
Setiap kali doa mesti aku bercerita dan bertanya pada Allah. Ya rab, aku tahu dirimu uji kerana aku mampu hadapi. Tetapi kurniakan dan tunjukkan hikmah di atas ujian semua ini, Doaku.
Setiap kali solat tidak lekang aku bercerita hari-hari pada maha pencipta.
Aku tidak pernah merasa nasibku malang, cuma Allah sayang aku. Dia uji aku kerana tak nak aku jauh dariNya.
Otak banyak mengimbas kembali kenangan-kenangan lama, rindu kadang buatkan aku senyum sendiri tetapi masa itu tak dapat di putarkan kembali.
Kini usiaku 27 tahun.
Aku bangkit dengan kekuatan dariNya.
Aku baru tahu beberapa tahun yang lalu Allah uji aku itu bersebab.
Setelah aku bekerja, aku jumpa dengan pelbagai orang. Ada yang selfish ! ada yang kejam, ada yang fitnah kau, ada yang keji kau.
Ada yang khianati kau berkali-kali.
Dan sebelum ini aku dah lalui, aku sudah lali. Jadi aku boleh hadapi mereka ini.
Lalu terlintas di fikiran, Allah uji kau dengan pelbagai pekara untuk kau kembali untuk ibumu. Mungkin ini doa ibumu, cetus hati.
Aku pernah tanya mak :
Mak apa yang mak selalu doakan bila tentang acik dulu ?
Mak selalu doakan di beri kesihatan yang baik, dapat jodoh yang baik dan anak-anak yang baik.Dapat jaga mak dan dekat dengan mak.Balasnya.
Rupanya betul tekaanku.
Ianya sebahgiaan doa mak aku.
Memang benar, berkali aku di sakit, berkali aku di pergunakan insan yang pentingkan diri. Berkali di khianati tetapi rasa manisnya dekat dengan mak itu satu nikmat tak terhingga.
Lihat senyumannya, dapat merasakan masakan dia. Dapat bahagiakan dia dan paling penting aku dapat tunaikan tanggungjawab aku sebagai anak lelaki.
Aku bercerita, bukanlah meraih simpati tetapi untuk beritahu pada kamu semua. Jangan pernah sangsi dengan Allah. Ujian itu hadiah yang tersembunyi untuk kita. Walau pada kita ianya musibah tetapi hakikatnya ianya adalah tarbiyah Allah kepada kita yang sering alpa.
Alpa padaNya kerana kita terlalu agungkan cinta dunia.
4 Ulasan
Sebak akak baca nukilan acik...
Semuanya benar belaka
#insaf
LINDUNGI ACIK DARI SEGENAP PESONA YG MEMUSIBAH