Zaman sekarang ini zaman berlumba-lumba untuk tunjukkan siapa lebih berjaya, siapa lebih hebat dengan berbekal segulung ijazah.
Yakin habis belajar, dapat kerja tetap dan turn on the music ! enjoy !
Jangan pelik, jika di keluarkan senarai ramai remaja yang sudah muflis di usia muda. Kesilapan mereka yang sering di lakukan adalah.
Pertama : Buat pinjaman untuk beli Telefon Bimbit.
Nak bergaya tak salah tetapi ukurlah baju di badan sendiri. Sering terjadi beli iphone tetapi berhutang mengambil pakej-pakej yang di tawarkan bayar bulan-bulan. Ada itu pakej pinjaman sehingga 5 tahun. Tak sampai setahun, telefon bimbit rosak. Bila rosak, anggap biarlah dan abaikan pinjaman tersebut tak tak bayar.
Kedua : Beli kereta "high class"
Kita baru je mula kerja, masih belum stabil. Tapi perasaan memiliki kereta idaman itu membuak. Masalahnya beli kereta yang mahal-mahal. Kereta Honda Civic, Vios dan pelbagai lagi. Setiap bulan hampir 1 ribu jumlah yang perlu di bayar. Hakikatnya gaji kita tidak setinggi mana. Ye acik tahu kereta itu satu keperluan tetapi belilah ikut kemampuan membayar. Jangan sampai kita tak mampu bayar dan nama di blacklist. Susahlah lepas itu.
Ketiga : Baru kerja sudah pakai kredit kad.
Trend zaman sekarang ini, pakai kredit kad itu sebagai satu keperluan. Baru kerja 2,3 bulan sudah berani pakai kredit kad, memang senang swap je. Tapi hutang beribu-ribu. Hakikatnya kita tak mampu nak bayar balik. Nasihat acik tak payah pakai jika tahu kita ini kaki boros. Nak berbelanja gunalah kad debit. Senang, duit habis, senyaplah nanti.
Keempat : Buat pinjaman peribadi untuk pekara bukan keperluan.
Masa acik kerja bank, ramai anak muda nak buat pinjaman hanya untuk suka-suka. Acik siap nasihatkan tetapi mereka bertegas juga untuk buat pinjaman. Kebiasaannya buat pinjaman untuk bercuti, untuk shopping, tukar handphone baru dan macam-macam lagi. Jika ianya bukan satu keperluan, tak perlu rasanya.
Kelima : Masuk Skim Cepat Kaya.
Anak muda sekarang semua benda nak "segera". Mudah terperangkap janji dengan jutaan ringgit dengan hanya bayar jumlah yang sedikit. Ada skim duit dari gua dari cinalah, jemaah hartawanlah dan pelbagai lagi.
Nasihat acik pada anak muda, beringatlah dan jangan ambil mudah untuk buat hutang dan tidak melunaskan mahupun tidak membayarnya. Bila nama dah di senaraihitam susah di nak buat pinjaman apa jua seperti beli rumah, kereta mahupun perniagaan.
12 Ulasan
dan berhati222 juga dalam berbelanja