Assalamualaikum
Kecoh dan viral baru-baru ini kes kereta axia kemalangan kerana steering lock.Kalau di ikutkan berkali-kali di siarkan tentang kereta axia ini.
Itulah kuasa viral bukan semuanya betul, tangan cepat klik untuk sebarkan tanpa dapat kepastiannya.
Bukan apa acik sebab acik pun memandu axia. Jadi kita tak keruan dan risau. Acik sendiri ada bertanya dengan orang produa mereka menafikan.
Setahun juga acik memandu axia, tetapi rasa berhati-hati itu tetap ada.Yelah kita pun tak tahu apa yang akan terjadi akan datang.
Tetapi jika benar, isu ini pernah berlaku. Pihak produa perlu ambil tindakan segera. Keselamatan pengguna adalah menjadi keutamaan.
Jangan sudah ada ada kematian barulah nak ambil tindakan.
Mohon produa periksa kembali keselamatan kereta-kereta yang di keluarkan.
Kepada nitizen pula, jangan cepat sebarkan berita tidak pasti dan pekara yang kita tak tahu kebenarannya.
Gunakan kuasa viral untuk kebaikan dan penambah elok mutu itu lebih baik. Apa pun juga berfikir dahulu sebelum kongsi sesuatu.
7 Ulasan
~ Kisahsidairy~