Ticker

6/recent/ticker-posts

Tak Usaha Ke ? Mana Boleh Nak Tunggu Sahaja Ataupun Kau Terlalu Memlih ?




Assalamualaikum

Eh aku tengok kau dah nak masuk 30 series, tak fikir pasal kawin ke ? tak usaha ke ? mana boleh nak tunggu sahaja ataupun kau terlalu memlih, balas seorang kawan.

Aku hanya mampu tersenyum.

Dalam hatiku berbermonolog sendirian.

Gilalah kalau aku tak nak kawin, mestilah nak. Usaha ? Ya Allah hanya dirimu tahu bagaimana usahaku melalui doa kepadamu dan taaruf. Memilih, ? 

Tapi masalahnya tiada orang yang untuk di pilih.

Biarlah mereka nak kata apa, hakikatnya Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untukku. Aku percaya pada Allah.

Jika di tanya pada acik , adakah salah untuk memilih ?

Tak salah kerana ianya pilihan kita dan akan hidup seumur hidup dengan kita, tetapi janganlah meletakkan pilihan itu hanya pada yang kaya dan cantik rupa paras sahaja. Tetapi alangkah baiknya jika di pilih kerana baik akhlaknya. Cantik dan handsome itu kan subjektif, jadi cinta itu boleh di pupuk. Bila dah sayang nanti, yang tak nampak menawannya sebelum ini pasti akan kelihatan.

Jika memilih itu pilihlah kerana agama, jaga keluarganya dan ada pekerjaan.

Kerana apa ? 

Bila dia berpegang pada agamanya pasti dia akan menjaga hak-hak anak. isterinya dan keluarganya. Bila dia jaga solatnya, pasti dia menjaga hal tanggungjawabnya dan bila dia pekerjaan maka bolehlah di sara kehidupannya.begitu juga untuk wanita, jika dia jaga agamanya dia kan mendidik anak-anak kita untuk menjadi umat yang lebih baik dan tahu pasti menjaga keluarganya dengan baik.

Tapi dia itulah, inilah banyak kurangnya ? macam mana itu ? 

Hakikatnya sempurna bukan sifat kita, jika ada kesanggupan untuk berubah.Berubah ke arah lebih baik, apa salahnya. Dia nak majukan diri dia, nak cari kerja dan sebagainya. Berilah peluang.

Bayangkan baru sahaja lepas habis belajar, kebiasaanya perempuan akan suruh masuk meminang. Kalau tanda sayang.

Hakikatnya dia ada tanggungjawab lain juga, untuk bantu keluarga dan adik beradik dia, dia kukuhkan kewangannya dia, nak bayar PTPTN dan sebagainya.

Bersabar sedikit.

Lelaki ini kalau dia serius dan dah bersedia, jangan di tanya pasti dia akan buat simpanan dan terus ajak kawin. Kalau dia suka dia akan buat apa sahaja untuk pastikan jadikan kamu kekasih yang halal baginya.

Janganlah terlalu memaksa,kerana keterpaksaan itu akan buatkan ungkit mengungkit akan berlaku.

Jadi sebenarnya tiada isu memilih ini.

Kita mencari seseorang itu sebagai pelengkap hidup kita, kadang kala kita suka kesamaan dengan sifat kita dan kadangkala pantulan sifat kita.

Kita lebih suka jika kita selesa dan dengan seseorang itu buatkan kita rasa selamat dan boleh bahagia dengan dia.

Jika kita tersilap pilih, maka hidup kita juga akan binasa. 

Pada mereka yang berkata yang tidak-tidak itu hentikan gantilah dengan doa kamu, agar kami yang belum berjodoh itu agar di pertemukan dengan seseorang selayak untuk kami.Paling tidak, bantulah kami untuk mencari seseorang untuk taaruf mana tahu kami berjodoh. 

Catat Ulasan

5 Ulasan

nini berkata…
Orang yang tak berada di tempat kita mereka tak akan pernah faham =)
Well...30 tu muda lagi..lek ah...hahaha
Rabiahtul adawiyah berkata…
semoga dapat jodoh dengan org yg baik
paridah berkata…
bERDOALAH AGAR DIPERTEMUKAN JODOH YG BAIK
Mia Liana berkata…
jodoh itu rahsia Allah....
Unknown berkata…
Tak apa Acik.. jangan sedih-sedih..Jodoh tu ketentuan Allah..Bila Allah mahukan hambaNya berkahwin, tak semena-mena rezeki tu akan datang. Macam perempuan kena tunggu je lelaki masuk meminang.. yang lelaki pulak kena kukuh kewangannya dan kesanggupan nak jaga anak orang..Itulah masalah sebenarnya.. Hidup berumah tangga banya cabarannya.. Kena hadapi dengan tabah..