Ticker

6/recent/ticker-posts

Cara" Tundukkan " Seseorang Yang Ego Tinggi




Assalamualaikum

Ego itu adalah tembok pemisah antara kita untuk membina sebuah perhubungan. Kerana tingginya ego dapat membinasakan hati dan membuat jiwa jadi lara. Setiap manusia ada egonya tersendiri tetapi hanya biarkan nafsu terus mengawal kita tetapi biarkan kita mengawal nafsu kita.

Ego ? 

Maksud "Ego" adalah : persepsi seseorang tentang harga dirinya, yg seterusnya mempengaruhi keyakinan dirinya (Kamus Dewan Edisi Empat)

Jadi tak baik ke "ego" ni? Setiap benda, ada baik dan buruknya. Kalau terlalu ego, ini yang buruk. Tak boleh terima kesilapan diri sendiri, tak boleh ditegur, nampak diri sendiri terlalu mulia berbanding orang lain.

Tapi kalau tak ada langsung "ego" tu jadilah pak/mak turut. Susah juga kan? Tak ada pandangan sendiri. Ikut je kata orang. Bahagia ke?

Jadi ada beza kan antara "Dia terlalu ego" dengan "Dia ada ego"? Terlalu tinggi ego akan buat orang lain merana dengan sikap kita. Tapi dalam kita merendahkan ego, jangan sampai mengorbankan kebahagiaan sendiri  

Jadi bagaimana untuk menundukkan seseorang itu ? 

Pertama : Jangan berikan kritikan dengan kritikan, berikan solution

Orang yang ego ini selalunya berkata cakap mereka sahaja betul, apa yang dia buat semuanya betul. Jadi walaupun dia salah, jangan mengkritik secara menghentam itu akan lebih membuat ego dan amarah membuak. Jadi berikan cadangan yang bernas ataupun solusi yang dapat buat dia terima apa yang kita hendak katanya.

Kedua : Gunakan low tone and psychology

Apabila api betemu dengan api makin bertambah maraklah, jadilah air sebagai penyejuk untuk mendamaikan keadaan. Kalau dia keras kepala, berdegil,ras betul, tenangkan keadaan. Cakap baik-baik dengan bahasa yang sopan inshaALLAH dia dengar dan pysco dengan keadaan persekitaran menggunakan orang yang dia hormati.

Ketiga : Jangan layan ketika sedang marah.

Orang ego, egonya makin tinggi ketika dia marah.Rasa dia betul cakap orang lain tak mahu dengar. Jadi langkah selamat, bila berhadapan dengan mereka larilah dan jangan layan. Biarkan dia. Bila dia sedar dengan tindakan dia pasti dia akan menyesal sendiri.

Keempat: Buatkan dia rasa selesa dan di hargai.

Orang yang ego ini kadangkala dia inginkan perhatian tetapi tak tahu nak ungkapkan bagaimana. Jadi buatlah dia bahagia, masakkan yang sedap-sedap dan buatkan hati dia bahagia. Ketika bahagia itulah sebaik masa untuk kamu nasihat dia jenaka. InshaAllah dia akan dengar. 

Keempat : Kita doakan dia
Di antara bahan-bahan ciptaan Allah yang paling keras di dunia ini ialah besi tetapi dapat dilembutkan oleh Nabi Daud a.s. Doa yang ada kaitannya dengan Nabi Allah Daud inilah yang digunakan sebagai kombinasi dengan doa pelembut hati

Mengikut aturannya, bacalah:
Baca surah Al-Fatihah
Al Fatihah……………..

Baca Ayat di Bawah:
Lauanzalna hazal qurana (nama orang/diri)…………………..ala jabalil lara aitahu khasian mutasad diam min khasyatil lah wa tilkal amsalu nadribuha lin nasi laal lahum yatafak karun

Baca ayat 1-5 Surah Taha
(di bawah hanya disertakan maksud - baca ayat asalnya tanpa tarjim)
1.  Thaahaa.
2.  Kami tidak menurunkan Al Quran Ini kepadamu agar kamu menjadi susah;
3.  Tetapi sebagai peringatan bagi orang yang takut (kepada Allah),
4.  Yaitu diturunkan dari Allah yang menciptakan bumi dan langit yang Tinggi.
5.  (yaitu) Tuhan yang Maha Pemurah. yang bersemayam di atas ‘Arsy.

Kemudian baca doa pelembut hati di bawah
“Allahumma laiyinli qalbahu, laiyinta li Daudal hadid”

“Ya Allah, lembutkanlah hatinya sebagaimana Kamu melembutkan Daud (akan) besi”

Kemudian tiupkan ke air
Doa di atas boleh digunakan untuk semua orang yang keras hati, sentiasa melawan dan tidak menurut kata. Ini termasuklah untuk melembutkan diri sendiri. Untuk kegunaan diri sendiri, letakkan tangan kanan di dada iaitu di bahagian hati dan baca doa di atas. Kemudian tarik nafas perlahan-lahan hingga habis dan lepaskan. Untuk kegunaan orang lain, ketika membaca doa, letakkan tangan kanan di dada iaitu di bahagian hati orang yang meminta pertolongan tadi. Bagi orang yang meminta doa pelembut hati melalui wakil, air diberikan untuk diminum.
* di ruangan (nama)……..letakkan nama orang yang hendak dilembutkan hati / diri sendiri

Amalkan juga, zikir ya latif, ya latif.

Kelima :  Selalu selitkan namanya dalam doa kamu. Doakan yang baik-baik dan semoga Allah bantu dia, untuk di lembutkan hati dan mendapat hidayah Allah. 

Catat Ulasan

9 Ulasan

dd berkata…
Betul juga.. kalau orang ego ni, makin kita lawan makin susah nak berurusan.. boleh2 silap haribulan terputus kawan/hubungan..

Jalan terbaik kena doa2kan la mereka ni..
nini berkata…
Doa doa tu semua bagus...kalau diserang sure takkan menang
Fatihah Azanan berkata…
Ego ni perlu jugak tpi over ego susah jugak nk deal dgn org camnni. Especially bab ilmu, orang tinggi ego ni mmg susah kita nk tegur. Sekali dia bagi statement dia yg makan garam susah jugak.

Btw nice sharing :)
Lya Akif Imtiyaz berkata…
Sah sebenarnya bila ego mengusai diri. Bagi kak lya kalau org ego ni kan tengah marah baik kita jgn layan .. jgn duk perapikan dia itu ini nnt makin parah jadinya ..Apa yang dia buat semua dia rasa betul .. org buat salah.. jangan kita layan .. bagi dia sejuk dlu baru kita mulakan perbualan..
Unknown berkata…
Betul tu..ego tinggi sangat susah..dia ja yang betul..apa kita cakap semua salah..selalu nk menang..kadang2 fedup gak nk layan..tpi klau x tegur..sampai bila2 pn ego tu ttap tinggi ...
Hamba Allah berkata…
Thanks for sharing..
Acu berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Unknown berkata…
Kalau yg ego tu psgn kena guna reverse psikologi. Ceritakan apa yg kita rasa ke dalam diri dia... kalau kawan ni bagi terajang ok dah, lepas tu dia xkan ego dh