Ticker

6/recent/ticker-posts

Jalan-Jalan Bajet Sekitar Muar Dan Melaka #Dekatjer

Assalamualaikum

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia. Semperna hari cuti ini kami jalan-jalan sekitar Johor dan Melaka. Di Malaysia tempat banyak tempat menarik sekali untuk di kunjungi.



Pertama : Mee Bandung Abang Sayang



Destinasi penting untuk di tuju adalah di Muar. Tak sah kalau ke Muar jika pekena Mee Bandung Muar. Ya Allah sedapnya rasa ke aslian  rasanya itu penting.Tempat yang selalu acik lepak dari zaman belajar dahulu adalah di kedai Mee Bandung Abang Sayang terletak di Jeti Bandar Muar. 

Memang lengkap rasanya, sedap kuah pekat dan harga murah !

Seterusnya kami ke melaka, melihat bandar bersejarah.

Kedua : Perigi Hang Tuah




Mak teringin sangat nak pergi, dari dulu katanya. Jadi bawalah mak pergi jalan-jalan. Merasa airnya jernih yang segar.Terletak di kampung Duyong, Melaka. Mitosnya ramai yang mengambil air untuk berubat tetapi itu hanyalah mitos.

Ketiga : Rumah Tradisional Melayu Melaka.







Melihat keindahan reka bentuk rumah melayu melaka yang sangat cantik untuk di lihat. Ala masuk RM 2 saje. Masih mengekalkan tradisi dan peralatan lama untuk mengenangkan suatu masa dahulu zaman kegemilangan orang melayu. Sepatutnya kita memberi sokongan kerana anak muda sekarang tidak suka pada pekara seperti dan sebagai ibu bapa bawalah mereka, kenalkan gaya hidup orang melayu dahulu.

Keempat : Belacan Melaka




Walaupun belacan banyak ada di johor tetapi belacan Melaka sangat sedap dan lebih lemak. Siap ada yang dah bakar dan harganya sangat berpatutan.

Kelima : Kuih Keria Antarabangsa



Tak sah kalau ke Melaka tak merasai keenakan Kuih keria yang sangat viral. Walaupun terpaksa beratur panjang tetapi kepuasan itu ada. Rasanya memang superb. Jom ke Kampung Limbongan.

Keenam : Air Kelapa Snow ball


Keunikkan melaka tidak terhenti di situ sahaja. Kami cubalah merasai kesedapan kelapa pandan berbentuk snow ball. Kepakaran dan teknik di perlukan. Hanya RM 5 sahaja hanya di terletak di Muzium Kastam , acik selitkan sedikit video tekniknya.

Ketujuh : Jonker Walk


Tak sah kalau di Malam hari tak jalan-jalan ke jonker walk melihat keunikan dan benda comel dan pelik. Kadang banyak benda kreatif tetapi memang sesak orang. 

Kelapan : Klebang Coconut Shake


Tak sah kalau tak ke Melaka, tak singgah me Klebang. Pantai Kledang dan pekena juga coconut shake. Popular di sini, sedap dan segar !


Kesembilan River Cruise Melaka.



Rugi kalau tak naik river cruise. Di tengah bandar. Harga pun berpatutan Hanya RM 10.60 dan RM 15.90 hujung minggu.Sayang masa ini bateri handphone habis jadi tiadalah gambar. 

Ok done, short and simple journey kami. Jalan-jalan cara bajet tak perlu banyak keluar duit. 



Catat Ulasan

2 Ulasan

MELAKA BANDAR BERSEJARAH
BYK TMPT YG MENARIK SUKA SGT2...