Ticker

6/recent/ticker-posts

Kalau setakat ini baik tak ada degree pun tak apa, degree kau buang je kat tong sampah !



Assalamualaikum

Jumpa seorang kenalan, eh kau kerja sini ? tak sangka aku. kau dulu di kenali tapi kerja ini je ? 

Kau ada degree !
Jaga standard kau !
Kalau setakat ini baik tak ada degree pun tak apa, degree kau buang je kat tong sampah !

Aku hanya mampu buat muka seposen sahaja. Hakikat kehidupan , kita merancang dengan cita-cita tinggi menggunung tetapi takdir Allah itu kadang kala tidak mengikut apa yang kita rancang dan di berikan mengikut situasi yang mungkin kita tak pernah jangka.

Kau tahukan zaman sekarang bukan mudah nak cari kerja. Kalau fikir standard tak kerjalah aku ini.

Masa aku susah, tak ada duit, ada kau datang menghulur bantuan ? 

Jelas tiada, waktu aku perlukan kerja yang standard ada kau bantu untuk sama-sama carikan ? 

Tentu tiada 😊

Hutang PTPTN terus bergerak, tunggakan juga terus berjalan. Biarlah aku kerja biasa-biasa asal dapat bayar hutang dan bantu mak aku.

Kawanku, tak semestinya apa yang kita belajar itu mesti kita kerja dalam bidang itu juga. Kalau ikutkan kelayakan dan scope kerja memang tak akan kerjalah kita.

Mungkin kau kata membazir ada ijazah tapi tak berapa gunakan. Kau silap, ijazah itu hanyalah sebagai kelayakan pendidikan selebihnya adalah kemahiran apa yang kau ada.

Itu pasaran sekarang yang mahukan.Kepada rakan-rakan yang masih menunggu gaji dan kerja ijazah. Jangan menunggu bagaikan bulan jatuh ke riba. Tak apa, tak salah kalau kerja biasa-biasa dulu. 

Asalkan ada duit, tak susahkan orang. Biarkan mulut-mulut itu berkata. Masa kita susah mereka tiada. Maka kita berjaya merekalah yang datang mendekat.

Kalau mereka sanggup bayarkan PTPTN kita sanggup aku menunggu walau bertahun. 


Catat Ulasan

8 Ulasan

Mama Hakim berkata…
Ijazah tu sebenarnya bantu kita asah skil soft skil bahagian tertentu

Tak pelah

Yang suruh belajar cari ilmu tu Allah

Aku dah belajar rajin rajin dah lepas bahagian tu

Orang yang tak tahu mana letaknya ilmu tu memang tak akan faham
Miza Talib berkata…
Sabar acik mulut orang bukan mulut tempayan senang nak tutup. Yeng penting lapar nak makan nasi tak mintak duit kat orang.
paridah berkata…
ILMU ITU KEMULIAAN KITA..REZKI TU HAK-NYA SAMBIL BERUSAHA MILIKINYA DGN BEKERJA IN SYAA ALLAH
dd berkata…
Pernah juga jumpa kawan macam ni.. Masa tu kerja kat supermarket, sebab belum sedia nak sambung belajar..

Kawan sekolah ni tanya dengan nada menyindir, " Eh sini ja kau kerja? hahaa."

Pedihnya bukan kepalang.. huhu
yang penting kita dah ada segulung ijazah,buat tatapan
utk anak2 nanti sebagai semangat utk dia org lebih kuat belajar,
kerja tu tak kisah, selagi pekerjaan yg halal, rezeki dan keberkatan
in sya allah
usryabdullah berkata…
Mungkin hari ini hari dia. Mana tahu satu hari nanti hari kita pula. Dunia ni bulat. kadang-kadang kita di bawah, kadang-kadang kita di atas. Janji jangan berputus asa untuk berusaha.
MASALIEN berkata…
Ehm.. yap, saya mengutip dari film india berjudul 3 idiot, sekolah untuk belajar, belajar untuk membuat bijak, bukan pesuruh corporate *loh

Tetap semangat abang! Intinya cari berkah aja :)
adarain berkata…
yang penting tak menyusahkan orang lain.. tau la cara kita macam mana dan hala tuju kita semua