Ticker

6/recent/ticker-posts

Singkatkan Perkenalan, Segerakan Pernikahan



Assalamualaikum

Aku dah 10 tahun berkenalan dengan dia, tapi akhirnya dia tinggalkan aku dengan orang yang baru dia kenal, bicara seorang kenalan.

Ligat otak berfikir, kenapa perlu masa 10 tahun untuk berkenalan ? 



Lama itu, kalau tanam pokok durian pasti dah berbuah. Kita terlalu mahu saling kenal mengenali sehingaa tiada limitasi.Mungkin sebab peristiwa yang dulu-dulu sehingga kita terlalu menjaga.

Tapi kamu perlu tahu bahawa sifat kita manusia cepat jemu dan bosan, ianya menyebabkan bila ada sesuatu yang "segar" itu hadir pasti kita buatkan kita memilih.

Jika ekonomi sudah kukuh, sudah cukup persiapi diri maka segerakanlah untuk perhubungan yang lebih serious. 

Sebab itu ada pertunangan, pertunangan adalah tempoh untuk kamu buat keputusan untuk meneruskan pemilihan untuk kekal bersama atau berhenti setakat di situ sahaja. Di situ juga terletak banyak ujiannnya.

Jangan biarkan lama-lama menanti, jika kita lambat akan ada kumbang atau bunga yang terus memagar. 

Taaruflah ketahui latarbelakangnnya, keluarganya, akhlaknya dan statusnya. 

Jika berkenanan di hati segerakanlah ke tahap seterusnya. Andai ada hajat tetapi kewangan membatasi. Maka berbincanglah sesama keluarga dan sama-sama kamu dan dia kumpul duit untuk kawin.

 Allah lihat usaha kita ,inshaAllah pasti di bantu. Satu pekara jangan leka adalah berdoa dan memohon padaNya. Berceritalah padaNya.

Acik doakan semoga urusan kamu di permudahkan oleh Allah. Allah tak pernah persiakan kita cuma kita perlu berusaha semaksimum mungkin.Andai ada jodoh pasti akan bertemu.



Catat Ulasan

3 Ulasan

Humaira berkata…
Bila dah berkenan,halalkan je terus.Lama atau singkat perkenalan bukan jaminan tu jodoh.Lepas usaha, tawakal dan berdoa moga jodoh berkekalan.
dd berkata…
Betul.. lebih baik segerakan.. risau2 kena sailang orang lain.. nanti menyesal jaga jodoh orang lain eseh
paridah berkata…
Betul tu xperlu lama sgt nk kenal hati budi perkara yg baik elok segerakan