Ticker

6/recent/ticker-posts

Cara Bila Berhadapan Dengan Orang Pernah Menyakiti Hati Kita



Assalamualaikum

Apa reaksi kamu agaknya bila berhadapan dengan orang yang pernah menyakitimu ? Dalam masa yang sama atas urusan kerja. 

Nak tak nak kita kena berhadapan dengannya walaupun di hati rasa marah, geram dan tersakiti. Acik sudah banyak kali terjadi pada acik. Kalau ikutkan hati memang marah tetapi soal kerja kita kena profesional dan jangan tunjukkan emosi kita.

Jadi apa harus kita lakukan ? 


Pertama : Senyum dan tunjukkan reaksi bersahaja

Senyum itu tanda kamu seorang yang matang walaupun pasti terkejut. Bersahajalah dan aggaplah tidak pernah kenal dia. Set kan di minda bahawa kamu berjumpa dengan seseorang  baru sahaja yang kenal. Pastikan reaksi biasa , tunjukkan bahawa kamu seorang yang kuat semangat.

Kedua : Jangan terlalu ramah dan biarkan two way communication

Memaafkan itu pasti tetapi untuk terlalu ramah seperti dulu tentunya tidak. Maka cuba elakkan komunikasi berpanjangan. Kita berjaga-jaga agar kita tidak tersakiti, takutnya seolah ada harapan tetapi hanya khalayan yang di reka kembali.

Ketiga : Selalu berzikir dalam hati

Rajinkan baca ya latif, ya latif dan istigfar. Tahan amarah dan jangan kita tunjukkan kita terkesan dengan apa yang berlaku. Yakin hati bahawa ALLAH selalu ada dengan kita. Teguh iman kita dan jangan di fikirkan. 


Keempat : Kawal penafasan 

Apa kaitan dengan penafasan dengan berhadapan dengan orang seperti ini ? Penafasan yang betul adalah salah satu cara untuk kita mengawal emosi kita, agar kita tenang dan tidak beremosi. 
Gunakan teknik penafasan melalui hidung untuk 2, 3 kali dan udara segar buatkan kita lebih tenang

Kelima : Doa pada ALLAH agar di kuatkan hati

Dalam setiap kali doa, luangkan sedikit untuk bercerita pada Allah , doakan agar hati kita kuat melalui segala apa yang terjadi. Salah satunya kejadian seperti ini. 

Moga membantu kamu semua yang sedang menghadapi. Hadapi dengan tenang dan sabar .Semoga Allah permudahkan urusan kamu semua. 

Catat Ulasan

4 Ulasan

usryabdullah berkata…
Saya masih tak sekuat tak ini jadi Saya tak akan jumpa orang yang pernah menyakiti hati saya. Kalau terserempak pun saya tak akan hadap muka dia. sebaliknya saya akan lari dan mengelak sebab saya takut tiba-tiba.... hilang kawalan.
dd berkata…
Saya pun macam tu la juga.. Susah nak kawal perasaan.. Tapi bila fikir balik, memang susah nak maafkan orang lain..

Cuma bila maafkan orang itu, baru la hati jadi tenang
Delimasari berkata…
Saya pun cuba mengelak dari berjumpa tetapi terpaksa menghadapinya juga demi kerja
dari itu saya banyak berdiam diri dan cakap hal penting sahaja
Tapi dalam minda masih teringat2222 - susah nak hilang
sHaRiNa eLyaNa berkata…
emm, sakit hati juga mau bdpn dngn org cmtu, tp apa bole buat, kdg fkir positif ja la..hihih
#afbsupport dr www.opzzpinky.my