Ticker

6/recent/ticker-posts

Semak No Akaun Atau No Telefon Sebelum Membuat Sebarang Transaksi Secara Online Di Mana-Mana No Akaun

Assalamualaikum

Teknologi begitu pesat sekali dan ledakan penggunaan laman sosial sebagai medium utama. Maka tersebarlah pelbagai cerita yang di paparkan. Macam acik kena dia post tentang anak sakit cancer. 

Tetapi bila nak transfer duit, nama yang terpampang lain dari nama bapa budak tersebut.

Ramai yang mengambil keprihatinan rakyat Malaysia yang bermurah hati. Bukan ini kes pertama berkali-kali terjadi. 

Begitu juga jika kamu beli barangan di atas talian. 

Ramai yang tertipu bila beri no akaun. Tetiba senyap dan tiada khabar berita. Barang tak dapat duit kena kebas.

Jadi pada acik langkah selamat yang kita boleh cuba iktiyar dari di tipu.

Pertama : Cari dahulu di laman sosial atau google no akaun atau no telefon tersebut. Sama ada pernah ada kes atau tidak.




Boleh masukkan no akaun bank atau no telefon. Tetapi laman web ini masih tempoh percubaan. Kita boleh cuba sekurangnya dapat membantu kita.



Hasil cubaan acik sendiri, satu akaun ini telah di report 8 kali. Naseb baik. 

Setidaknya kita tidaklah di tipu oleh pihak tidak bertanggungjawab. Harap membantu.


Catat Ulasan

6 Ulasan

CCL pun sebelum nak transfer duit ke account lain better CCL akan google dulu no akaun yang diberi . Selidik betul-betul takut jugak bila kena tipu ni
terima kasih acik atas info
yg sgr2 membantu
Khir Khalid berkata…
Mmg kena berhati2 perkara2 mcm ni. Ada shj pihak yg menangguk di air keruh atau mengambil kesempatan atas ihsan keperihatinan org ramai. Thanks sharing peringatan ini Acik.
atiehilmi.com berkata…
wah !! thanx untuk tips ini.. lepas ni tak de la ragu2 lagi nak membeli online..
Admin berkata…
Mudahnya ada info ni.