gambar hiasan |
Assalamualaikum
Dia banyak pengubah pendirian dan pandangan aku. Dia selalu ingatkan aku untuk tidak lupa pada Allah.
Dalam setiap doaku, namanya tidak lekang untukku sebut. Semoga dia menjadi seseorang yang halal bagiku dan menjadi isteriku.
InshaAllah..
Cukup aku menjaga segalanya, menjaga batas-batasnya. Tetapi langit itu tidak selalu indah, mentari itu kadang kala tidak selalu memancarkan mentarinya.
Kami di uji..
Di uji dengan pelbagai halangan dari keluarganya. Mereka tidak merestui perhubungan kami kerana padanya kami tidak sekufu ketika itu aku masih lagi menuntut di Uitm.
Allahuakbar, ketika perasaan itu hadir. Sakit ya Allah.
Adakah patut aku lari dari Masalah ? Bawa lari anak dara orang kawin di seberang ?
Tentu tidak,aku juga perlu ambil peduli tentang mak dan keluargaku.
Dia bertanya padaku, apa yang harus kita lakukan ?
Kita serahkan segalanya pada Allah. Balasku.
Waktu menentukan segalanya. Dia telah berkahwin dengan pilihan keluarganya.
Jodoh Dan Pertemuan Itu Ketentuannya ,Adakah aku hanya menjaga jodoh orang lain ?
Tentu jawapannya tidak.
Persinggahan itu hadir sebagai hadiah dari Allah untuk kembali kepadaNya.Ianya adalah proses pengenalan sama ada dia mendapat lebih baik dan untuk aku memperbaiki diri aku.
Jangan ada sangsi dengan Allah. Jauhi prasangka buruk tersebut.
Semakin kau mencinta seseorang sebenar lautan, maka di hampar ujian untuk kembali kepada maha pencipta.
Andai dia memang hak kita, walau seisi menghalang pasti bersatu.Andai kita gengam erat-erat sekalipun andai ianya bukan milik kita maka terlerai jua.
Jangan memaksa,
Jangan mendesak,
Jangan ada dendam,
Jangan ikut amarah.
Kerana ianya membinasakan hati kita. Jangan pernah putus untuk berdoa dan memohon padaNya.
“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku. Maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.” (QS. Al Baqarah: 186)
Hakikatnya kita cepat rasa terkilan, rasa memberontak dan mempersoalkan.
Bilamana kita sudah bersedia padaNya. InshaAllah pasti di satukan pada ikatan yang sah..
InshaAllah..Jangan ragu dengan Allah.
3 Ulasan