Ticker

6/recent/ticker-posts

Mahukan Kamu Menjadi Takdirku ?


Assalamualaikum

Dengan kesibukan yang melanda penuh dengan event. Pertemuan Allah  telah aturkan aku di pertemukan dengan seseorang yang sekian lama dia menyepi. Pelbagai pekara kami bincangkan dan tidak lekang perbincangan soal jodoh.

Orangnya tenang,rupanya dia sudah berkahwin.

Maaflah aku tak jemput kau. Aku buat kecil kecilan sahaja, orang dah berusia macam aku ini baru kawin. Malu pula rasa, kata sahabat.

Ala buat apa nak malu, kita buat pekara baik perlu di hebahkan. Alhamdulilah. Nak tanya sesuatu boleh tak bang ? Balasku.

Aku dah tahu apa yang kau nak tanya acik, tentang keteguhan hati bukan ? , jawabnya

Alamak macam dah tahu pula ye hahaha, balasku.

Lepas aku putus tunang kali pertama, aku tekad bahawa ada seseuatu yang Allah nak berikan pada aku. Mungkin sebagai peringatan atau atas doa aku. Doa agar di pertemukan dengan seseorang yang dapat terima aku dan keluarga. Dan kejadian banyak ajar aku soal hati.

Soal hati yang penuh dengan tanda tanya dan ragu. 

Ragu dengan ketetapan ALLAH, ianya berkata tanpa sekatan dan seolah menyalahkan takdir. Hakikatnya ALLAH nak tunjukkan hikmah di sebalik kejadian tersebut. 

Paling penting, apa jua kau rasa jangan ragu dengan ALLAH, jangan marah dengan ALLAH.

Jodoh itu macam rezeki juga. Ianya adalah takdir dari ALLAH. Jika dia rezeki atau jodoh kau, jika DIA berkehendak tiada apa dapat menghalangnya. Buktikan pada ALLAH bahawa kau telah bersedia dan istiqomah dalam ibadah yang kau buat. 

Bukan hanya sekerat jalan dan hanya untuk sementara waktu. Jelasnya dengan panjang lebar.

Betul tu bang teringkat pula dulu masa belajar takdir. Takdir terdiri daripada takdir Muallaq dan takdir Mubram 

a. Takdir mua’llaq


Iaitu takdir yang erat kaitannya dengan ikhtiar manusia. Contohnya seorang siswa bercita-cita ingin menjadi business man yang berjaya. Untuk mencapai cita-citanya itu ia belajar dengan tekun. Akhirnya apa yang ia cita-citakan menjadi kenyataan. Ia menjadi business man yang berjaya dan perniangaan berkembang. 

b. Takdir mubram



Iaitu takdir yang terjadi pada diri manusia dan tidak dapat diusahakan atau tidak dapat di tawar-tawar lagi oleh manusia. Contoh. Ada orang yang dilahirkan dengan mata sipit , atau dilahirkan dengan kulit hitam sedangkan ibu dan bapaknya kulit putih dan sebagainya.Begitu juga soal usia, kelahiran dan kematian.


Iman kepada qadha dan qadar artinya percaya dan yakin dengan sepenuh hati bahwa Allah SWT telah menentukan tentang segala sesuatu bagi makhluknya. Berkaitan dengan qadha dan qadar, Rasulullah SAW bersabda yang artinya sebagai berikut yang artinya :


”Sesungguhnya seseorang itu diciptakan dalam perut ibunya selama 40 hari dalam bentuk nuthfah, 40 hari menjadi segumpal darah, 40 hari menjadi segumpal daging, kemudian Allah mengutus malaikat untuk meniupkan ruh ke dalamnya dan menuliskan empat ketentuan, yaitu tentang rezekinya, ajalnya, amal perbuatannya, dan (jalan hidupnya) sengsara atau bahagia.” (HR.Bukhari dan Muslim dari Abdullah bin Mas’ud).



Dari hadits di atas dapat kita ketahui bahawa nasib manusia telah ditentukan Allah sejak sebelum ia dilahirkan. Walaupun setiap manusia telah ditentukan nasibnya, tidak berarti bahwa manusia hanya tinggal diam menunggu nasib tanpa berusaha dan ikhtiar. Manusia tetap berkewajiban untuk berusaha, sebab keberhasilan tidak datang dengan sendirinya.



Janganlah sekali-kali menjadikan takdir itu sebagai alasan untuk malas berusaha dan berbuat kejahatan. Mengenai adanya kewajiban berikhtiar , ditegaskan dalam sebuah kisah. Pada zaman nabi Muhammad SAW pernah terjadi bahwa seorang Arab Badui datang menghadap nabi. Orang itu datang dengan menunggang kuda. Setelah sampai, ia turun dari kudanya dan langsung menghadap nabi, tanpa terlebih dahulu mengikat kudanya. Nabi menegur orang itu, ”Kenapa kuda itu tidak engkau ikat?.” Orang Arab Badui itu menjawab, ”Biarlah, saya bertawakkal kepada Allah”. Nabi pun bersabda, ”Ikatlah kudamu, setelah itu bertawakkalah kepada Allah”.



Dari kisah tersebut jelaslah bahwa walaupun Allah telah menentukan segala sesuatu, namun manusia tetap berkewajiban untuk berikhtiar. Kita tidak mengetahui apa-apa yang akan terjadi pada diri kita, oleh sebab itu kita harus berikhtiar. Jika ingin pandai, hendaklah belajar dengan tekun. Jika ingin kaya, bekerjalah dengan rajin setelah itu berdo’a. Dengan berdo’a kita kembalikan segala urusan kepada Allah kita kepada Allah SWT. Dengan demikian apapun yang terjadi kita dapat menerimanya dengan ridha dan ikhlas.



Catat Ulasan

8 Ulasan

Nurul Syahirah berkata…
fokus membaca.. Alhamdulillah, faham dengan maksud entri ini :)
paridah berkata…
RAHSIA TAKDIR HANYA ALLAH YG MGETAHUI
terima kasih pada takdir allah
Khir Khalid berkata…
Takdir Allah pasti ada kebaikan dlm setiap ujianNya.. Allah tidak sesekali menganiaya makhluk2Nya. T kasih atas perkongsian ini Acik.
dd berkata…
Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya..
tarmizi berkata…
Amin, semoga acik sekeluarga berada dalam keadaan sihat.
Unknown berkata…
Semoga yang datang hanya yang baik-baik sahaja