Ticker

6/recent/ticker-posts

4 Tips Meningkatkan Keyakinan Pada Diri Sendiri Mana Tahu Bertemu Jodoh



Assalamualaikum

Pernah tak kau jumpa dengan seseorang yang di laman sosial berinteraksi dan bergiat aktif tetapi di luar dialah penyepi.



Bila kita jumpa bagaikan tak percaya bahawa itulah dia.Pendiam dan pemalu orangnya.

Ramai begitu kebanyakan adalah kerana kekurangan keyakinan diri yang mempunyai beberapa faktor antaranya adalah kerana size badan, rupa paras dan pelbagai lagi.

Aku pun pernah lalui, di hemburkan dengan kata-kata yang buat kau "down" tersungkur hingga ke laut dalam. Tapi takkan kau biarkan orang kata kau macam tu ? 

Maka ambil tindakan segera.

Pertama : Ubah penampilan diri 

Siapa kata orang berbadan besar tak boleh bergaya ? boleh pilihlah pakaian yang bersesuaian pastikan coraknya tidak melintang ambil yang menengak. Sentiasa jaga penampilan, potong kuku, bercukur bagi lelaki. Setidaknya trim misai dan janggut. Pastikan memakai minyak wangi yang sesuai dan kalau kau jenis badan cepat berpeluh pastikan pakai singlet atau pun bawa baju lebih atau bawalah sapu tangan.

Kita ubah diri untuk jadikan seseorang yang kemas. Orang kata tal handsome dan tak cantik tak apa janji kemas. Barulah kita yakin diri.

Kedua : Jagalah pertuturan dan perilaku kerana ianya lambangan sifat keperibadian kita.

Kita memang tak dapat nak puaskan hati semua orang. Tapi kita kenalah jaga apa yang kita tulis dan apa yang kita cakap. Cakap "berbual" sahaja dan meninggi diri siapa suka ? 

Jadilah diri sendiri. Di laman sosial juga mainkan peranan apa yang kau tulis dan share. Manusia ini kerap buat andaian jadi kena hati-hati fikir sebelum buat sesuatu.

Ketiga : Rajinkan diri untuk "bodek" dengan Maha Pencipta.

Kalau kau bodek bos mungkin dapat untungnya naik pangkat. Kau bodek banyak-banyak orang tak suka lagi-lagi aku. Aku anti orang kaki bodek. Tapi kalau dengan penciptaMu sebenarnya tiada halangan. Dekatkan diri denganNya, rapatkan hubungan denganNya. 

Aku belajar satu pekara bila kita berbaik dengan Allah , maka Allah permudahkan urusan kita dan bantu kita.

Rajinkan berzikir, jaga waktu solat dan amalan-amalan yang lain.

Allah bukan tak tahu usahamu, maka inshaAllah akan di permudahkan.

Keempat : Belajarlah menggunakan komunikasi (interpesonal)

Komunikasi itu sangat penting, kita kena faham pyscology orang lain dan diri kita. Bila berkomunikasi pastikan dua hala komunikasi. Seorang bercakap, seorang mendengar. Bila berbicara pastikan gunakan nada yang selaras dan pelbagai.

Kalau ada salah faham, bawa berbincang. 


Kita kena ada usaha untuk ubah diri kita. Sampai bila kita nak biarkan diri kita berada di takuk lama. Takut menghadap realiti. Come on kita kena move on.



Catat Ulasan

2 Ulasan

maszull berkata…
Assalamualaikum...yer mmg betul tu...
paridah berkata…
BERBANGGA MENJADI DIRI SENDIRI SEBAB ALLAH YG JADIKAN KITA