Ticker

6/recent/ticker-posts

Bila Dia "Bad Mood" Jadilah Penyejuk Keadaan


ehsan google

Assalamualaikum

Satu sikap aku adalah suka memerhati tingkah laku dan pyschology orang di sekeliling aku.Dari situ aku cuba adaptasikan diri aku sesuai dengan keadaan.

Bila bekerja ini kita banyak bermain dengan emosi. Lagi-lagi ketika emosi tegang atau dalam keadaan amarah.

Tak kiralah bos ke rakan sekerja ke. Mereka sedang "bad mood" kita pula datang buat lawak bodoh. Memang ada kena tengking. 

Bila seseorang itu sedang beremosi jangan pula kita simbah lagi dengan "api". Tapi simbahlah dengan "air".Menjadi penyejuk.

Bagaimana nak tahu mereka sedang "bad mood" ? 

Lihat perubahan sikap dia, memek mukanya,gaya tubuh badannya dan bicaranya.

Sebelum ini okey sahaja, tiba-tiba dia tanya. Jawabnya entah ! tak tahulah.

Aah mesti ada something, somewhere 

Jangan pula kita terasa hati. Dia sedang beremosi jadi fahamlah.

Apa yang boleh buat adalah :

Pertama : Biarkan dia dahulu, kerana dia perlukan masa untuk dia "cool down".

Kedua : Cuba berbicara dengan dia.

Tanya keadaannya, "kau okey tak ? "Cuba jadi pendengar yang baik kepadanya. Jika dia tak mahu berbicara. Jangan di paksa, berikan dia waktu dan ruang.

Ketiga : Bawalah ke tempat dia suka dan makanan dia suka.

Kadang tak suka tengok kawan yang "bad mood" sebagai seorang kawan mahupun seseorsng untuk dia. Cubalah bawakan makan yang dia suka. Gunakan teknik bawang. Ajak di berbincang, sedikit demi sedikit pasti dia akan cerita. Gunakan dengan nada yang rendah.

Keempat : Bila dia marah atau sedang beremosi kamu pun turut "sama-sama naik".

Jangan di layan dengan emosinya dan jangan ambil hati apa yang di cakap.Kamu pula kena kawal emosi. Kadang dia tak perasan apa yang dia sedang cakap.

Kelima : Jika kita dalam keadaan beremosi amalkan doa ini.



Catat Ulasan

3 Ulasan

PeRdU cINta berkata…
Betul...jadi air..jangan ditambah minyak pada api yang sedang marak..cuba memberi ruang dan memahami.
dd berkata…
Saya pun suka memerhati tingkah laku orang dan cuba faham apa sebab dorng lakukan sesuatu perkara tu
Bagus tips yang diberikan.. yang penting kena bertenang selalu.. kalau tak.. mau jadi mcm anjing dgn kucing...

salam kenal dari saya..