Assalamualaikum
Lama sudah tangan ini sepi dari menaip kata-kata hati. Jiwa ini hampir lumpuh dengan sikap manusia yang membinasakan.
Ya Allah susahnya nak move on.
Menaip dan bercakap itu mudah, tetapi bila terkena pada diri sendiri. Hambik kau !!
Lama !
Tak kisahlah nak move on tentang apa jua terjadi tidak terfokus hanya soal cinta macam aku dismotivation kerana bos aku. Tapi takkan aku nak biarkan mereka menang ?
Hati ini kena jadi jebat, kadang kala kena lebih kuat melawan.
Cara terbaik bila aku nak move on adalah :
Pertama : Kebiasannya aku akan cerita masalah kepadaNya dan mak.
Kadang rasa terbeban di dalam hati ini kena luah, tetapi biarlah di tempat yang betul. Kalau ada masalah sering kali aku ambil masa untuk berbicara dengan tuhanku. Cerita padanya apa yang aku rasa, apa yang aku lalui. InshaAllah ketenangan itu akan datang. Selepas itu untuk dapatkan nasihat jitu aku akan cerita pada mak. Fuh legalah lepas itu.
Kedua : aku akan pergi pantai.
Aku jenis sukakan keindahan alam. Ianya buatkan aku lebih tenang. Mendengar alunan ombak bertasbih memuji Allah. Angin meniup sakti memudarkan amarah yang ada.
Ketiga : Sebelum tidur, maafkanlah semua orang.
Walaupun hakikatnya dia banyak menyakiti hatimu. Maaflah dia, dia juga manusia biasa tak lepas dari buat dosa. Jangan jadi pendendam kerana dendam itu mampu jadikan hati kita binasa. Anggap itu pengalaman dan ianya jadikan kita pengajaran.
Keempat : Aku akan sibukkan diri.
Jangan biarkan diri terasa sepi dan sunyi. Kerana waktu itulah kotak minda akan memutarkan kembali flashback apa yang telah terjadi.Maka sibukkan diri, buatlah apa jua pekara yang kau suka. Dan harianku memang sentiasa sibuk jadi tiada masa untuk memikirkannya.
Kelima : Pemilihan warna pemakaian.
Warna pun memainkan peranan untuk mood kita. Waktu kita berduka jangan pakai baju warna hitam dan merah. Kerana ianya juga mempengaruhi emosi kita. Hitam itu bukan kita lebih terasa rasa sepi dengan suasana dan merah mempengaruhi emosi amarah kita.
Keenam : Kawal penafasan dan selalu berzikir.
Kenapa kena kawal penafasan ? kerana bila kita down dan marah. Penafasan, dada turun naik, memikirkan apa yang terjadi. Tengkuk mula menengang menandakan kita stress. Jadi tenangkan diri dan bernafas melalui hidung dan hembuskan melalui mulut. Hati jangan biarkan kosong tanpa pengguni. Selalulah berzikir memuji namaNya.
Ketujuh : Makanlah apa yang kamu suka.
Makan salah satu alternatif buatkan kamu tenang. Makan coklat ataupun makanlah makanan buatkan kamu rasa bahagia.
Kelapan : Motivasi diri sendiri
Biasalah kita perlukan semangat untuk diri sendiri. Mind setkan dalam minda bahawa aku kuat semangat dan aku boleh hadapi semua ini.
Ya rab, bantu aku untuk hadapi semua ini. Rabbi yassir wala tu assir rabbi tammin bil khoir.
Kesembilan: bila sedih cuba baca doa ini.semoga Allah permudahkan urusan kita.
Kesepuluh : Hilang stress dengan kunjungi drama-drama dari Indonesia di sini .
1 Ulasan