Ticker

6/recent/ticker-posts

Antara punca perempuan zaman sekarang ramai yang masih single kerana mereka terlalu berdikari


Assalamualaikum

Balik je kerja, pecut ada temu janji dengan kenalan. Lama sudah tidak berjumpa,pelbagai pekara kami bahaskan. Tetiba salah seorang dari kami berkata:

Kau tahu antara punca perempuan zaman sekarang ramai yang masih single kerana mereka terlalu berdikari.Kata seorang kenalan.

Fakta atau auta ? , balasku.

Ianya tiadalah kajian terperinci tetapi hasil pemerhatian kebanyakan mereka yang lebih berdikari kerana kerjaya mahupun hal-hal tertentu buatkan mereka lebih selesa bersendirian.

Ada itu gaji besar, perempuan masuk Universiti ramai, pandai-pandai. Mereka lebih selesa bersendirian dan berada dalam zon selesa, balasnya lagi.

Ada juga beberapa faktor , antaranya :

"Trauma" kerana lelaki

Kebanyakan adalah kerana kegagalan perhubungan yang lepas. Di tinggalkan , di curangi dan di sakiti berkali-kali kerana kaum adam. Sehingga mereka rasa tanpa lelaki pun mereka boleh hidup. Tetapi tidak semua lelaki seperti itu, ramai lelaki baik tetapi seringkali di uji begitu.

Kerana jawatan dan kedudukan.

Masa dulu tidak fokus soal cinta, kerjaya menjadi keutamaan. Bila tiba suatu ketika tidak memikirkan soalnya. Kerana berada di "zon selesa".

Tidak suka ada komitment.

Ada juga walaupun jumlahnya sedikit. Mereka tidak suka hubugan yang serious. Mereka tak suka di arah, mereka tak suka berkongsi dan sebagainya.

Jelasnya dengan panjang jela sambil tersenyum.

Ada betulnya juga, tetapi berdikari pun penting pada aku kerana ianya persediaan apa jua yang bakal terjadi kelak. Andai terpisah hidup dan mati ianya jadi penguat untuk kita teruskan kehidupan.Balasku.

Apa pun alasannya kita doa yang baik-baik, lakukan terbaik , muhasabah diri dan mencari cintaNya.Ingat kita hidup di dunia ini berpasang-pasangan jadi keluar dari zon selesa, binalah keluarga yang sakinah. Makluk mana di dunia ini tidak di uji ? 

Catat Ulasan

6 Ulasan

paridah berkata…
HIDUPKAN ADA PILIHAN MASING2 ASAL TIDAK MELANGGAR SYARIAT AGAMA BOLEH SAJA...TIADA MASALAHNYA
Sue Izza berkata…
berdikari bagi kak sue perlu juga tapi tak semestinya konteks keje besar,gaji besar ,tapi berdikari dengan maksud pandai bawa diri dan selesaikan masalah,cthnya waktu emergency ,suami sakit,kaum keluarga mak ayah sakit atau anak,dan suami pula kerja outstation,isteri kena berdikari dan bijak cari jaan selesaikan masalah,tak tahu memandu tapi masih tahu cara nak ke hospital ,taj tahu masak tapi masih tahu usaha untuk kenyangkan perut.perlu juga sebenarnya isteri pandai berdikari tapi bila ada suami biar la suami uruskan atau bagi2 kan tugas.
kadang-kadang terlalu memilih rasanya
eifa berkata…
berdikari itu perlu, tapi jangan sampai menafikan fitrah diri untuk disayangi,dilindungi.
bila umur panjang, sampai tua adakah kita mahu sendiri?
berdua lebih baik~

solat wanita berkahwin adalah 70kali ganda dari wanita belum berkahwin.
Nadia Johari berkata…
berdikari memang perlu..tapi tak boleh single lelama..sebb perlukan teman hidup juga
Betul juga sebab saya dulu pun kahwin di usia 30-an juga sebab fikirkan kerjaya dari peribadi