Assalamualaikum
Balik je kerja, pecut ada temu janji dengan kenalan. Lama sudah tidak berjumpa,pelbagai pekara kami bahaskan. Tetiba salah seorang dari kami berkata:
Kau tahu antara punca perempuan zaman sekarang ramai yang masih single kerana mereka terlalu berdikari.Kata seorang kenalan.
Fakta atau auta ? , balasku.
Ianya tiadalah kajian terperinci tetapi hasil pemerhatian kebanyakan mereka yang lebih berdikari kerana kerjaya mahupun hal-hal tertentu buatkan mereka lebih selesa bersendirian.
Ada itu gaji besar, perempuan masuk Universiti ramai, pandai-pandai. Mereka lebih selesa bersendirian dan berada dalam zon selesa, balasnya lagi.
Ada juga beberapa faktor , antaranya :
"Trauma" kerana lelaki
Kebanyakan adalah kerana kegagalan perhubungan yang lepas. Di tinggalkan , di curangi dan di sakiti berkali-kali kerana kaum adam. Sehingga mereka rasa tanpa lelaki pun mereka boleh hidup. Tetapi tidak semua lelaki seperti itu, ramai lelaki baik tetapi seringkali di uji begitu.
Kerana jawatan dan kedudukan.
Masa dulu tidak fokus soal cinta, kerjaya menjadi keutamaan. Bila tiba suatu ketika tidak memikirkan soalnya. Kerana berada di "zon selesa".
Tidak suka ada komitment.
Ada juga walaupun jumlahnya sedikit. Mereka tidak suka hubugan yang serious. Mereka tak suka di arah, mereka tak suka berkongsi dan sebagainya.
Jelasnya dengan panjang jela sambil tersenyum.
Ada betulnya juga, tetapi berdikari pun penting pada aku kerana ianya persediaan apa jua yang bakal terjadi kelak. Andai terpisah hidup dan mati ianya jadi penguat untuk kita teruskan kehidupan.Balasku.
Apa pun alasannya kita doa yang baik-baik, lakukan terbaik , muhasabah diri dan mencari cintaNya.Ingat kita hidup di dunia ini berpasang-pasangan jadi keluar dari zon selesa, binalah keluarga yang sakinah. Makluk mana di dunia ini tidak di uji ?
Apa pun alasannya kita doa yang baik-baik, lakukan terbaik , muhasabah diri dan mencari cintaNya.Ingat kita hidup di dunia ini berpasang-pasangan jadi keluar dari zon selesa, binalah keluarga yang sakinah. Makluk mana di dunia ini tidak di uji ?
6 Ulasan
bila umur panjang, sampai tua adakah kita mahu sendiri?
berdua lebih baik~
solat wanita berkahwin adalah 70kali ganda dari wanita belum berkahwin.