Selagi langit itu belum runtah, bintang selalu ada. Selagi itu soal jodoh menjadi keutamaan.
Fitrah kita manusia inginkan seseorang yang ada dengan kita menemani kita saat suka dan duka.
Tapi ujian Allah itu ada di mana di pertemukan lambat. Mungkin jodoh kamu belum lahir lagi atau sedang ambil SPM . Mungkin juga kan ?
Tapi apa yang penting dari bertemu jodoh itu ada persiapan diri kita.
Pertama : Bagaimana hubungan kita dengan Allah.
Kita manusia banyak buat silap, tetapi itu bukan alasan utama untuk kita terus buat silap. Bagaimana kita jaga dan baiki hubungan kita dengan Allah itulah lebih penting.Jaga solat, jaga lidah, jaga mata dan buatlah amalan yang Allah suka.
Kedua : Cari pekerjaan tetap
Bila berbicara soal jodoh ianya berkaitan rapat dengan perkahwinan. Apabila mahu kawin perlukan perbelanjaan dan ianya perlukan duit. Untuk dapatkan duit perlulah kerja. Jadi kumpul duit , beli asset rumah dan siapkan duit hantaran. Kalau dah ada bakal mak mertua pun tersenyum, jangan-jangan bakal mak mertua adalah tulang rusuk yang hilang tu.
Ketiga : Berdoa dan percaya dengan takdir.
Hati kita terlalu banyak ragu, terlalu banyak tanda tanya dek kerana rasa sangsi. Tapi kenapa Allah tak makbulkan doa aku ?
Walhal baru je doa terus nak hasilnya. Boleh jadi doa kita yang ke 100001 di makbulkan wallahualam.Bila sebut tentang doa.
Teringat kisah Zulaika dan Nabi Yusuf.Kerana doa menjaga ketaatan kepada ilahi dan kepercayaan pada Allah itu kuat sehingga mereka di satukan melalui titah ilahi.
Baca kisahnya, apabila Allah berkehendak maka ianya akan bersatu.
Masalah kita adalah terlalu banyak ragu, hati cepat berubah. Pantang tengok dahi licin, pantang tengok badan sasa, muka macam korea.
Hati cepat berubah, beralih rasa hati.
Jantung itu cepat laju berdetak sedangkan saat susah orang lain selalu di sisi.
Kau tahu selagi perangai itu masih ada, selagi itu ujianmu pasti hadir.
Kuatkan hati, cekalkan hati bahawa Allahlah yang mentakdirkan sesuatu mengikut jalan cerita terbaik bagimu.
Dalam surat Al Fatihah yang kita baca setiap solat, terkandung permohonan doa kepada Allah Ta’ala agar kita senantiasa diberi hidayah di atas shiratal mustaqim, yaitu tatkala kita membaca firman Allah :
اهدِÙ†َــــا الصِّرَاطَ المُستَÙ‚ِيمَ صِرَاطَ الَّØ°ِينَ Ø£َنعَمتَ عَÙ„َيهِÙ…ْ غَيرِ المَغضُوبِ عَÙ„َيهِÙ…ْ Ùˆَلاَ الضَّالِّينَ
“(Ya Allah). Tunjukilah kami jalan yang lurus (shiratal mustaqim), yaitu jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepada mereka, bukan jalan orang-orang yang dimurkai dan bukan pula jalan orang-orang yang sesat “ (Al Fatihah:6-7).
Semoga kita terus istiqomah dan berada di jalan yang benar serta di redhai Allah
Semoga kita terus istiqomah dan berada di jalan yang benar serta di redhai Allah
2 Ulasan
Saya baca sungguh seronok
Jodoh adalah ketentuan Allah SWT