Assalamualaikum
Cuti sekolah dah bermula, apa sahaja aktiviti yang akan di lakukan bersama anak-anak ? Takkan hanya duduk menonton televisyen ?
Jomlah datang ke Bandar Penawar, sekarang ini sedang berlansungnya KEJORA International Challenge bermula dari 25 November hingga 1 Disember.
Untuk makluman semua, KEJORA INTERNATIONAL CHALLENGE 2017 merupakan kejohanan bola sepak bawah 15 tahun yang dianjurkan oleh KEJORA dengan kerjasama Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) dan Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI) serta rakan pakatan strategik yang lain. Tujuan utama penganjuran kejohanan ini adalah untuk menjenamakan KEJORA di peringkat antarabangsa selain bertujuan untuk mempromosikan kawasan pelancongan di wilayah KEJORA melalui sukan (sports tourism).Disamping itu, kejohanan ini juga memberi pendedahan kepada pemain-pemain tempatan untuk beraksi di pentas antarabangsa.
Tahun ini lebih menarik kerana terdapat team dari Korea, Singapura, Indonesia dan Uzbekistan tau.
team dari Korea |
Terdapat juga aktiviti-aktiviti yang menarik seperti Fun games, Pertandingan PS4, penalti kick, Drumline, cabutan bertuah, Pertandingan Street Soccer dan banyak lagi aktiviti menarik!!
STREET
SOCCER
Street Soccer
merupakan acara pelengkap yang diadakan untuk dijadikan acara tarikan
pengunjung bagi KEJORA International Challenge 2017. Ia dibahagikan kepada empat
kategori iaitu Lelaki bawah 12 tahun (U12), Lelaki bawah 18 tahun (U18), Lelaki
TERBUKA dan Wanita TERBUKA.
Dijalankan selama 3 hari iaitu pada 25 hingga
27 November 2017.
PLAY
STATION 4 (PRO EVOLUTION SOCCER)
Merupakan
pertandingan permainan video (video games) yang dianjurkan bagi tarikan
pengunjung sepanjang kejohanan berlangsung. Walau bagaimanapun pertandingan
yang menawarkan hadiah diadakan sebanyak dua kali sahaja iaitu pada 25 dan 27 November
2017 dan terhad kepada 64 penyertaan sahaja.
FUN FOOTBAL
Acara yang disediakan
seperti shooting board, penalty kick, 1 vs 1, celebrity puzzle, dan ball
juggling. Aktiviti ini turut menawarkan hadiah untuk dimenangi oleh para
pengunjung yang bertuah.
Jomlah ada masa bawa anak-anak ke KIC 2017 , untuk malam akhir siap ada cabutan bertuah.
2 Ulasan