Ticker

6/recent/ticker-posts

Lelaki perlu ambil tahu tentang ini sebelum serious tentang jodoh


Assalamualaikum

Mata ini menjadi saksi terakam apa yang terjadi. Otak menyimpannya di separa sedar. 

Aku melihat sendiri,
kejadian-kejadian yang buatkan aku gusar dan trauma.
Lelaki ciptaan yang sempurna dan mulia insani. Di berikan 9 akal 1 nafsu untuk mentadbir sebagai khalifah di bumi dan dalam institusi kekeluargaan.

Di berikan kekuatan fizikal dan mental untuk menjadi ketua keluarga. Tetapi jangan biarkan nafsu itu mengawal dirimu. Jangan biarkan amarah menjadi nadi pengerak kehidupanmu.

Kelak akan binasa.

Aku melihat sendiri dengan mata ini ramai lelaki menggunakan kekerasan sebagai senjata utama kepada kaum hawa. Tak dengar cakap pukul, cemburu sedikit habis isteri di binasakan. Bergaduh depan anak anak. Sepak terajang isteri.

Adakah kau lupa dialah insan yang pernah kau janji semasa akad nikah. Berjanji pada tuhan untuk kau jaga seeloknya. 

Sekali lelaki sudah terbiasa mengangkat tangan memukul perempuan, ianya akan jadi kebiasaannya. Pukul itu bukan cara mengajar isterimu. “Isteri bukan ‘punching bag’ dan tempat meluah kemarahan. Ketika marah dinasihatkan dalam Islam pertamanya mengubah keadaan posisi diri dulu. Iaitu jika berdiri hendaklah duduk, jika duduk hendaklah berbaring"

Marah itu datang dari syaitan dan hawa nafsu, seorang Islam haruslah beristighfar, ambil wuduk, bersolat dan banyakkan bercakap untuk meredakan kemarahan.

Maksudnya : “Nasihatilah para wanita kerana wanita diciptakan daripada tulang rusuk yang bengkok dan yang  paling bengkok daripada tulang rusuk itu adalah pangkalnya, jika kamu cuba untuk meluruskannya maka ia akan patah, namun bilamana kamu biarkan ia maka ia akan tetap bengkok, untuk itu, nasihatilah para wanita”.
[Riwayat al-Bukhari, kitab hadis-hadis berkaitan Nabi, bab penciptaan Adam dan keturunannya, no. hadis: 3083, kitab al-Nikah, bab Wasiat Untuk Wanita, no.hadis 4787]
Jangan kelak tangan yang memukul itu membinasakan diri. Adakah lupa kau juga lahir dari rahim seorang wanita ? 

Aku tahu, ramai lagi lelaki di luar sana baik-baik belaka. Suami , abang dan ayah yang soleh tetapi jangan di sebabkan seketul insan membusukan seladang gandum yang memberi manfaat. 

Doakan aku agar jadi suami dan ayah yang baik untuk bakal isteri dan anakku.

Maka kita (lelaki) dituntut untuk sentiasa berlaku baik, lemah-lembut serta sabar dengan wanita dalam apa jua keadaan. Tambahan pula, wanita ini adalah ciptaan Allah SWT yang istimewa untuk kaum lelaki yang perlu dijaga akan kehormatannya dan memandunya ke arah mentaati Allah SWT dan melaksanakan segala syariat-Nya


Catat Ulasan

1 Ulasan

nona sani berkata…
SETUJU Sangat..........sampaikan pompuan ponn fobia...kann