Ticker

6/recent/ticker-posts

Manusia hatinya cepat mengikut keadaan dan masa



Pejamkan matamu,

Apa yang rasa ?
Gelap dan rasa sunyi.
Lalu bakal kau dengarkan kata-kata yang akan bertutur tanpa kau ucapkan.
Ianya dari hati.
Apa yang ianya tuturkan biarkan menjadi rahsia kamu dan tuhanmu.
Andai baik alhamdulilah, andai kata-kata nista biarlah menjadi asbab untuk kamu dekatkan diri padaNya.Muhasabah diri.


Manusia hatinya cepat mengikut keadaan dan masa. Cepat betul berubah hati, begitu juga dengan kita. Hari ini mungkin pernah buat jahat, tapi esok mungkin kebaikan berterusan. Atau mungkin kita terus hanyut dengan keegoan kita ?



Ayahmu mungkin pak menteri, ustaz , pakar motivasi mahupun pengengam dunia. Mungkin hartanya dapat kau warisi, nama baiknya dapat kau pelihara tetapi satu pekara yang kau tak dapat warisi adalah IMAN.



Pengertian iman dari bahasa Arab yang artinya percaya. Sedangkan menurut istilah, pengertian iman adalah membenarkan dengan hati, diucapkan dengan lisan, dan diamalkan dengan tindakan (perbuatan). Dengan demikian, pengertian iman kepada Allah adalah membenarkan dengan hati bahwa Allah itu benar-benar ada dengan segala sifat keagungan dan kesempurnaanNya, kemudian pengakuan itu diikrarkan dengan lisan, serta dibuktikan dengan amal perbuatan secara nyata.



Kita di bezakan dengan iman dan amal seseorang itu.



Kenapa tetiba aku berbicara soal iman ini kerana ramai mereka beranggapan bahawa mereka dari keluarga baik-baik .Dek kerana keturunan mereka asal dari baik-baik maka mereka beranggap bahawa mereka di pelihara dan terpelihara dari anasir kejahatan seolah ada pelindungan yang abadi.



lalu berkumandanglah lagu raihan,


Iman tak dapat diwarisi
Dari seorang ayah yang bertaqwa
Ia tak dapat dijual-beli
Ia tiada di tepian pantai
Walau apapun caranya jua
Engkau mendaki gunung yang tinggi
Engkau berentas lautan api
Namun tak dapat jua dimiliki
Jika tidak kembali pada Allah

Hakikatnya kita manusia sama, hanyalah helaan manusia itu membezakannya.manusia ini sama sahaja tarafnya di sisi Allah. Tiada yang melebihi antara satu dengan yang lain kecuali keimanannya terhadap Allah. Taqwa itu yang membeza-bezakan manusia disisi Allah Yang Maha Esa.  Allah yang maha pemberi rezeki.

Rasulullah S.a.w bersabda yang maksudnya, “Sesungguhnya Allah tidak akan melihat bentuk-bentuk tubuhmu dan harta kamu tetapi akan melihat isi hati kamu dan amal-amalmu”. (Hadith Riwayat Muslim, Shahihul Muslim, tafsir Ibnu Katsier juz 7 hal 322).







Catat Ulasan

1 Ulasan

paridah berkata…
PELIHARALAH IMAN SESUNGGUHNYA