Assalamualaikum
Mencari cinta yang kekal abadi dan hakiki. Menurut cerdik pandai, kalau nak kenal sejauh mana Allah cinta kita, boleh tanya diri kita sendiri, sejauh mana kita dahulu mencintai Allah.
Ketika Allah mencintai seorang, Allah akan memberikan kekuatan kepadanya untuk menjadi hamba yang soleh. Allah mudahkan mereka untuk melakukan kebaikan.
Maka, perjuangan menjadi lebih soleh adalah langkah mendapatkan sepenuh cinta daripada Allah. Dalam sebuah hadis yang maksudnya: “Allah memberikan dunia pada yang Dia cintai dan yang Dia benci. Tetapi Dia tidak memberikan (kesedaran) beragama, kecuali kepada yang Dia Cintai. Maka barang siapa diberikan (kesedaran) beragama oleh Allah, bererti ia dicintai oleh-Nya.” (Hadis riwayat Imam Ahmad, Al-Hakim dan Al-Baihaqi
Kita berkenalan secara tak sengaja,adalah Perancangan Allah..
Kita berkawan begitu lama bertahan pun, Allah yang rancang..
Kita dikurniakan rasa suka antara satu sama lain juga, Allah yang beri.Kita masih bersama walau banyak dugaan menimpa, Allah yang aturkan.
Kita dikurniakan kesedaran dan keinsafan juga kerana, Allah sayang pada kita.
Kita berjauhan untuk mencapai redhaNya juga, Allah yang rancang.Kita berdoa untuk kebahgiaan masing-masing juga, Allah yang detikkan dalam hati kita..
Dan ketahuilah, sama ada hubungan kita akan berkenalan sehingga ke syurga atau terputus di tengah jalan juga Allah yang akan tentukan jadi, usah risau..
Andai kamulah jodoh yang ditetapkan Allah di Luh Mahfuz untuk kita.InsyaAllah kita akan bersatu juga walau dipisahkan dengan jarak dan masa..
Tapi hanya pasrah semata-mata tanpa usha ?
Itu lagi salah, Allah hadirkan pertemuan untuk kita berkenal-kenalan, untuk menguji kita dan melihat keperibadian kita. Allah merancang sesuatu itu bukan saja-saja tetapi ingin melihat kesungguhan, apa yang kita akan lakukan. Lagha, terus hanya di bawa perasaan ?
atau kembali kepada pencipta mencintai kerana ALLAH.
"Aku cintakan dia."
"Cinta saja.?
"Habis tu.?"
"Cinta saja tak cukup. Kita kena pimpin dia. Kalau nanti dia salah dalam solat, kau kena betulkan. Kalau dia tak pandai mengaji, kau kena tunjukkan. Kalau dia tak reti hukum, kau kena bagitahu.
Sebab perkahwinan, pernikahan bukan sekadar cinta. Perkahwinan, pernikahan itu nak melengkapkan agama, sebagai suatu ibadah.”
“Susah jugak kan."
“Ya. Kerana perkahwinan dan pernikahan itu adalah tanggungjawab, bukan sekadar tahu jawab akad nikah sahaja "
3 Ulasan
maha mengetahui