Ticker

6/recent/ticker-posts

Setiap orang ada jalan ceritanya Jodohnya, ada takdirnya cuma berbeza



Assalamualaikum 

Setiap kali bertemu dengan rakan kenalan, pertanyaan biasa bila nak kawin ? bila nak kawin ? 

aku hanya tersenyum  dan menjawab doakan aku temui jodoh aku. 

(iklan) Nak cari jodoh jom daftar di sini --> cari jodoh

Masih teriang-iang lagi kata seorang kenalan : 

"Tengok dah tua-tua pun tak kawin lagi, padan muka kau ! aku doakan kau membujang sampai ke tua." sambil berseloroh.

Walaupun ianya dalam nada berseloroh tetapi ianya tetap terkesan di hati. Aku tak pernah mengeluh dan marah dengan ALLAH kenapa aku belum temui jodoh aku. Malah aku bersyukur kerana ada ruang dan peluang untuk aku muhasabah diri. Paling penting aku dapat bahagiakan mak aku. Bahagia mak dan bantu termampu aku. 

Ada orang di pertemukan jodoh awal, berkahwin tetapi di uji soal anak.
Ada yang lambat jodohnya tetapi dia ada harta,
ada orang di uji dengan kemiskinan,
ada orang di uji berkahwin tetapi akhirnya bercerai,
ada orang di uji pasangan meninggal dunia di saat kita memerlukannya di sisi.

Setiap orang ada jalan ceritanya, ada takdirnya cuma berbeza. Tetapi siapalah kita untuk merasa kita "lebih hebat" dari orang lain. Ada orang kita nampak bahagia, di laman sosial bagaikan merpati dua sejoli hakikatnya kehidupannya tidak seindah yang kita sangka.

Allah sentiasa uji, jangan mudah selesa dengan apa yang kita ada kerana ianya bersifat sementara.
Sebab itu kita di minta untuk menjaga tutur bicara kita walaupun dalam keadaan bergurau. 

Ala dia kawan baik aku, takkan terasa hati punya.

Hakikatnya dia juga manusia ada hati dan perasaan. Tugas kita adalah bantu dia, setidaknya doakan dia semoga berjumpa dengan jodoh yang baik. 

Daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, daripada Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam Baginda bersabda, “Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat maka hendaklah dia berkata baik ataupun diam.” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Imam Al-Nawawi memberi komentar: “Hadis ini jelas sekali menunjukkan bahawa seseorang hendaklah tidak berbicara kecuali apabila perbicaraan itu adalah baik, iaitu hal yang telah jelas kemaslahatannya. Dan bila dia masih ragu kemaslahatan tersebut, maka hendaklah dia tidak berbicara.”

Maka apabila kita hendak bercakap, sentiasa hanya bercakap benda yang baik. Kalau tidak ada benda yang baik, dituntut supaya kita diam. Ini bererti, hendaklah kita berfikir dulu sebelum kita bercakap. Bukan cakap dulu baru fikir.

Untuk kamu-kamu yang pernah terasa dengan kata-kata kenalan kamu. Sabarlah , pujuk hati. Doakan supaya ALLAH berikan hidayah kepadanya, Jangan risau ALLAH ada, ALLAH selalu ada dan dekat dengan kita, yakinkan hati bahawa Allah nak yang terbaik untuk kita., InshaAllah. 


Catat Ulasan

1 Ulasan

Sue Izza berkata…
setuju.setiap orang ada buku kehidupannya sendiri yang Allah dah tentukan.Kalau kita tahu awalan dan penghujung cerita buku itu,bukan hiduplah namanya.