Assalamualaikum
Cantik tak gelang nie acik ? aku nak hadiahkan pada dia.Mesti makin dia sayang lebih pada aku. Sambil membelek-belek gelang tersebut.
Tapi apa pulak acik ? , sahutnya.
Tapi kenapa perlu dengan harta benda ? Jangan didik seorang wanita itu dengan kemewahan dan kesenangan semata. Kerana nanti kalau kau tak ada apa-apa. Bagaimana ?
Bukan sebab aku cemburu, aku bahagia bila tengok bahagia. Kalau dia isteri kau, aku sangat sokong kalau kau berikan pada dia. Hakikatnya dia bukan halal bagi kau. Kalau putus nanti nak minta balik ke ?
Dia hanya diam sahaja, memandang kebawah.
Aku nasihatkan bukan sebab aku bagus. Jauh sekali , itu bukan niat aku. Seharusnya kau didik dia untuk hidup bersederhana. Sama-sama kumpul duit, untuk kehidupan akan datang. Kawin itu bukan mudah, penuh dengan tanggungjawab.
Kalau kau sayang dia, jangan putus doa. Doa yang baik-baik semoga Allah permudahkan urusan kau dan dia.
Jaga iktilat dan jaga batas pergaulan.
Biar kau jumpa dia seperti saat pertama kali kau berjumpa dia.
Habis aku nak buat dengan gelang ini acik ? Tanyanya.
Bagilah pada mak kau, pasti senyum lebar dia. Bahagiakan mak lebih baik.
Dia dah susah payah besarkan kau.
DOA adalah cara paling jujur untuk menyayangi seseorang. sebab dalam doa, tak semua kita ingat. kadang-kadang kita doa untuk diri sendiri je. orang lain macam mana? mak ayah, adik beradik, keluarga, kawan-kawan, orang tersayang?
sebab tu la, kalau kita tak doakan seseorang dalam doa kita, bermakna kita tak cukup sayang dia, so.. doa tu cara menyayangi yg paling jujur dan ikhlas.
kalau kita nak tunjuk sayang melalui kata-kata, kata-kata tu boleh jadi tak ikhlas atau pura-pura. kalau melalui perbuatan, takut nanti berlebihan.
''jadi berdoalah. itu cara yang sederhana indah untuk menyayangi.''
4 Ulasan
The Talking Diary
doa itu lebih berharga dari hadiah material