Ticker

6/recent/ticker-posts

Berbicara soal Fitrah Jodoh, Dia jodoh aku yang sesat ?


Assalamualaikum

Cinta itu fitrah,
Rindu itu juga fitrah,
suka seseorang itu juga fitrah kita,
menyayangi itu juga fitrah hati,

Semua itu fitrah kita lahir sebagai manusia. Allah titip rasa tersebut untuk kita mengenal dan merasai perasan tersebut. Cukup indah.



Tetapi sayangnya, ramai antara kita. Mahu lebih, mahu sayang itu mesti di pamerkan. Cinta itu perlu bukti maka bergondang gondenglah mereka memaparkan betapa bahagianya mereka. Mereka pasangan paling bahagia.

"Korang doakan aku bahagia ye "

" Dia jodoh aku yang sesat "

Sambutan sebulan sempena "couple".

Pelbagai lagi, salah ke apa yang kami buat ? Takkan cinta tak perlu komunikasi ? tanpa berjumpa ?

Rasa cinta itu memang tak salah, itu fitrah kita semulajadi Allah kurniakan setiap insani. Jiwa kita perlukan  cinta seperti jasad perlukan makanan. Tetapi segalanya bukan semudah itu, bukan sesenang itu. Hidup mesti ada peraturan hidup yang perlu kita turuti. Jangan jadikannya sebagai fitnah.

Hidup tanya pengangan dan peraturan bagaikan lembu masuk kandang unta. Kesini salah, kesana salah. Tanpa arah tuju, tanpa pedoman hidup.

Kau lupa ke, orang bisu dan buta pun ada jodohnya. Sedangkan susahnya mereka berkomunikasi tidak seperti kita.Tapi tetap ada jodoh mereka.

Kau masih ragu dengan Allah ? 

Istigfar, jika Allah berkehendak pastinya tiada yang mustahil.Perbuatan kita tak menghalalkan cara. 

Iringilah dengan niat untuk berkahwin kerana berkahwin itu lebih memudahkan seorang lelaki dan perempuan menyempurnakan agamanya. Oleh itu, usahlah bercinta sekadar utk bersuka-suka. Lebih buruk lagi janganlah ada niat-niat yang jahat dalam bercinta sama ada didorong oleh hasutan nafsu atau bujukan syaitan. Jika tidak ada niat untuk berkahwin, cinta sudah pasti bukan kerana Allah Hakikatnya cinta itu adalah cinta terlarang yang akan membawa kemusnahan.

Ingat tujuan apa kau di hidupkan  ?

Tidak lain berbakti kepada Allah. Jika niat kita baik inshaAllah di permudahkan urusan kita.

Hendaklah dipastikan semasa menjalin hubungan cinta tidak ada hukum Allah yang dilanggar. Antaranya, tidak ada pergaulan bebas, tidak ada pendedahan aurat, tidak ada pengabaian perkara asas seperti meninggalkan sembahyang, puasa dan lain-lain. Hubungan cinta jangan sampai terjerumus dalam perkara yg melalaikan dan merugikan.

Aku menaip ini sambil menyapu-menyapu di dada untuk ingatkan diri aku. Jangan pelik andai doa kita tak di dengar Allah.

Sedangkan kita ego dengan Allah. Jauh dengan Allah. Rasa diri kita sahaja betul. Jadi check diri kita, lihatlah diri kita ketika kita berseorang.

Jauhi fitnah, bagaimana nak juahkan ?

Dekatilah orang baik-baik, dekati pencipta kita.Bila kau suka dia, jagalah diri dan ikhilat kita. Doakan dia dalam doa kita. Moga Allah jagakan dia untuk kita. 

Catat Ulasan

3 Ulasan

Sally Samsaiman berkata…
Jodoh yg baik utk mereka yg baik :)
Hans Hanis berkata…
semoga cepat2 bertemu jodoh yang baik untuk geng2 bujang seperti saya
hehe
paridah berkata…
mencari jodoh dgn komunikasi yg diredai awalnya