Ticker

6/recent/ticker-posts

Hilangnya persahabatan ini lebih sakit dari putus cinta



Assalamualaikum

Rindu itu kadang sangat menyakitkan, menyesakkan dada. Buatkan air mampu mengalir sendiri. Allahurabbi.


Rindu yang tak mampu terluah dengan perkataan tetapi sampai beberapa malam ini aku mimpi tentang dia. 

Adakah dia kekasih hati ? 

Tidak tetapi dia sahabat aku.Sahabat baik aku, sampai aku termimpi dia. Kami baik macam dulu, kami bercerita dan bersahabat baik.

Bangun dari tidur hati aku rasa keciwa. Sebab ianya hanya mimpi, bukan realiti. Hilangnya persahabatan ini lebih sakit dari putus cinta.

Sebab aku dah anggap dia macam keluarga aku, adik beradik aku. Semua kisah aku dia tahu dan kisahnya aku. 

Tapi itulah ujian Allah, sampai sekarang kami dah tak macam dulu. Serious aku rindukan sahabat aku yang lama. Sahabat susah dan senang. Segalanya di kongsi bersama.

Aku tahu keadaan dah berubah, masing-masing dah buat haluan masing-masing tetapi andai ada pilihan aku nak betulkan kembali apa yang terjadi.

Wahai sahabatku, seandainya kau membaca entri. Ketahuilah kau insan yang banyak merubah aku menjadi insan lebih baik. Sentiasa beri semangat apa aku dan selalu faham apa yang aku rasa. 

Ya rab kurniakan kebahgian dan kesejahteraan hidupnya. Murahkan rezekinya dan panjangankan umurnya. Kerana dia sahabat yang baik, jika di berikan peluang bertemukan kami da  kembalikan persahabatan kami seperti dulu. amin ya rab.

Paling penting, kau ajar tentang melihat keindahan bintang. Walaupun di mana kita berapa Allah selalu bersama kita. 

Catat Ulasan

0 Ulasan