Assalamaualaikum
Siapa dah tengok avengers infinity war angkat tangan. Baru berkesempatan untuk tengok setelah semalam gagal apabila tiket habis. Acik tak nak jadi spoiler untuk menceritakan sinopsisnya kerana kesian pada yang belum tengok.
Tetapi nak rungkaikan 5 sebab wajin tengok avengers infinity war.
Pertama : Jalan cerita yang baik dan kesimbungan setiap watak dapat di wujudkan.
Sejak awal filem ini lagi, di hidangkan dengan konflik bagi menjelaskan siapa thanos dan penceritaan setiap karektor itu cukup baik. Bagaimana mereka dapat berjumpa dan menunjukkan kesinambungan kerana terdapat banyak superhero di dalam cerita ini. Dari awal lagi sudah di bawa berkelana scene demi demi scene bertarung sehingga mata membulat sehingga habis.
Kedua : Menyentuh jiwa dengan ada babak sedih,bengis, kelakar, kekeluargaan, berpasukan.
Siapa sangka superhero pandai buat lawak dengan jenaka yang berseloroh. Penuh emosi bila Gemora mati , oppss. Tiada belas ehsan thanos untuk dapatkan soul stone sanggup korban anaknya demi hajatnya tercapai dan walau muka bengis dia sangat sayang anak angkatnya itu.
HAHA i am groot ,sudah akil baligh.
Ketiga : Apabila superhero tewas.
Aku pun terkejut apabila superhero dapat di tewaskan. Paling menyayat hati apabila ada yang mati !! Aku suka watak Captain America, wataknya di bahterai dengan baik tetapi akhirnya tetap tewas.
Kesungguhan tony stark bertarung sehingga dia juga hampir terbunuh. Paling tak boleh lupa apabila banner kehilangan hulk sehingga akhir cerita.
Keempat : Pertarungan super duper terhebat.
Aku akui pertarungan kali ini lebih terbaik. Lagi-lagi sewaktu di Wakanda.Apabila alien menyerang dan semua hero bertarung dan ketika seolah-olah nak kalah. Thor datang dengan kapak barunya. Memang smart !!
Kelima : Penamat yang menyedihkan.
Senyuman di balik menteri bagi yang menyakitkan hati. Pertama sekali penjahat menang dengan muka tenang. Habis manusia menjadi abu-abu berterbangan. Tak sabar nak tunggu tahun depan untuk siri ke 2.
Aku bagitahu hanyalah surface sahaja selebihnya korang kena tengok sendiri. Baru tahu "feel" tersebut sehingga nak terkencing pun tak sanggup nak ke tandas sebab tak nak terlepas melihat scene-nya.
Rating 9/10.
Kamu pula ?
1 Ulasan