Ticker

6/recent/ticker-posts

Doa, biar Allah jaga diri kita, jodoh kita sebaik-baiknya.


Assalamualaikum

Guruh berdentum mengegar sekeping hati.Bergetar naluri bagi yang takut pada ilahi.Mencuit jiwa-jiwa sanubari.


Aku adalah sebahgiaan dari mereka yang memikirkan tentang persahabatan, kekeluargaan. Tetapi berkali-kali aku di uji sedemikian rupa sehingga aku hilang kepercayaan itu. 

Membuat hati luluh,
Berkali-kali di khianati sahabat baik sendiri.

Tetapi Allah temukan dan hadirkan juga mereka yang baik-baik sebagai sahabat. Aku tak pernah ragui Allah kerana aku tahu selagi aku hidup ini tiada noktahnya ujian dari Allah.

Begitu juga soal jodoh, aku merancang penuh cita-cita. Sehingga hampir ke jinjang perkahwinan tetapi takdir Allah. Dia tunjuk perangainya yang sebenar. 

Wahai kau yang melumpuhkan hati, tiada apa yang terbaik selain dari ketentuan tuhan. Semaikan cinta ini mencintai Allah melebihi cintaku pada insani.

Allahuakbar..

Sebab itu, bila mencintai cintailah sekadarnya. Jangan melebihi cinta yang sepatutnya. Kerana apa yang kita cinta itulah Allah uji. Untuk melihat sejauh mana cinta , adakah melebihi cinta Allah ? 

Takdir itu telah di tetap tetapi ianya boleh berubah melalui doa, usaha dan tawakal kita. 

Jangan sesali apa yang terjadi, masa lalu ada pengajaran untuk kita jadi insan lebih berguna untuk masa kini. 

Kau tahu, masa kau sedih masa itulah di hantarkan syaitan paling kuat untuk rasa ragu, rasa sangsi untuk kau jauh dari Allah.

Sehingga hati kau sakit, kesal dan anggap Allah itu tidak adil.Hakikatnya Allah nak didik hati kau. 

Sehingga kering air matamu sekalipun, andai kau tak yakin dengan Allah tiada dapat bantu dirimu.

Doa, biar Allah jaga diri kita, jodoh kita sebaik-baiknya.Mungkin doa kita sejuta di dengari Allah. Tetapi janganlah pula kita mendoakan kebinasaan orang lain. 

Ya rab, Ajarilah kami bagaimana memberi sebelum meminta, berfikir sebelum bertindak ,santun dalam berbicara ,tenang ketika gundah, diam ketika emosi melanda, bersabar dalam setiap ujian. Jadikanlah kami orang yang selembut Abu Bakar Ash-Shiddiq, sebijaksana Umar bin Khattab, sedermawan Utsman bin Affan, sepintar Ali bin Abi Thalib,sesederhana Bilal, setegar Khalid bin Walid radliallahu'anhum.         

Aamiin ya Rabbal'alamin.

Catat Ulasan

1 Ulasan

Mohaz Sue berkata…
Aamiin.. semoga yang terbaik Allah ganti