Assalamualaikum
Lamanya tak bercuti, rasa nak bercuti tapi masih tertanya-tanya nak ke mana ?
Nak jauh dari hingar bingar kekusutan bandar, nak tengok air yang jernih dan keindahan alam. Lalu aku post di laman sosial, minta pandangan dari mereka. Rata-rata mereka cadangkan ke Pulau Pangkor.
Bila cari tahu rupanya Pulau pangkor tarikannya adalah kecantikan pantai,air laut yang jernih dan laut yang kaya dengan coral serta kehidupan laut yang cantik. Paling penting dapat melihat tempat bersejarah dahulunya pernah menjadi kubu belanda pada masa dulu.
Pulau Pangkor pernah menjadi penempatan Belanda yang ingin menjajah Perak. Terdapat peninggalan Kubu yang dibina sebagai pertahanan dari serangan pahlawan-pahlawan melayu Perak. Antara tempat bersejarah yang boleh dilawati ialah:
1. Kota Belanda - Terletak di Teluk Gedung, Pulau Pangkor.
2. Batu Bersurat - Terletak di Teluk Gedung, Pulau Pangkor.
3. Perkuburan Belanda - Terletak di Sungai Pinang.
Pulau Pangkor mempunyai beberapa pantai menarik yang boleh dikunjungi. Pantainya yang berpasir bersih, air laut yang jernih dan pohon melambai dipersisiran pantai adalah tarikan para pelancong ke pulau ini. Berikut ialah senarai pantai di Pulau Pangkor:
1. Pantai Teluk Nipah.
2. Pantai Pasir Bogak.
3. Pantai Teluk Ketapang (Turtle Bay).
4. Teluk Man.
5. Pantai Puteri Dewi.
6. Teluk Dalam.
7. Teluk Cempedak.
8. Teluk Gedung.
9. Teluk Segadas.
10. Coral bay.
Sebenarnya aku pernah pergi ke Pulau Pangkor bercuti dengan keluarga. Tempat yang tak boleh aku lupakan adalah pergi pulau-pulau yang ada.Kalau nak pergi ke sana boleh ambil pakej atau boleh menyewa bot.
Salah satu tempat terbaik adalah Pulau Pangkor Laut.Ya Allah cantiknya, chaletnya atas laut dan ya Allah sejuknya malam-malam. Tidur di temani dengan bunyi-bunyi desiran ombak, keindahan alam dan keselesaan bilik.Alang-alang book pangkor laut resort package on traveloka.
Ahh jika inginkan tempat yang lebih privacy inilah tempat yang patut di kunjungi di Pangkor Laut Resort. Pangkor Laut Resort adalah sebuah resort hebat yang terletak di Pulau Pangkor Laut iaitu pulau kecil bersebelahan dengan Pulau Pangkor Perak. Tempat ini tidak begitu ramai orang seperti mana resort-resort yang terdapat di sekitar Pulau Pangkor, maka anda akan mendapat suasana aman damai dan tenteram.
Terdapat beberapa buah resort antaranya adalah Spa Villa, Sea Villa, Beach Villa, Hill Villa, Garden Villa, Suria & Purnama Suite dan Pavarotti Suite. Begitu banyak jenis bilik yang disediakan supaya pelanggan dapat memilih dan menikmati tema bilik yang disediakan samada tengah laut, tepi pantai, taman dan kaki bukit.
Antara aktiviti laut seperti scuba diving, snorkeling dan water sport.
Seronoknya nak tidur dengar desiran ombak.Keluar sahaja di beranda dapat lihat kecantikan pantai dan boleh memancing di depannya jika minat memancing.
Jika sesetengah daripada kamu tidak menyedari, Pangkor Laut dan Pulau Pangkor adalah dua pulau yang berbeza. Pulau Pangkor adalah sebuah pulau awam manakala Pangkor Laut adalah sebuah resort peribadi bertaraf 5 bintang di sebelah Pulau Pangkor. Jeti juga berbeza, untuk sampai ke Pangkor Laut Resort, kita perlu menunggu bot laju di Marina Jetty Island. (Ia adalah jeti baru, 15 minit jauhnya dari Pulau)
Terdapat beberapa buah resort antaranya adalah Spa Villa, Sea Villa, Beach Villa, Hill Villa, Garden Villa, Suria & Purnama Suite dan Pavarotti Suite. Begitu banyak jenis bilik yang disediakan supaya pelanggan dapat memilih dan menikmati tema bilik yang disediakan samada tengah laut, tepi pantai, taman dan kaki bukit.
Antara aktiviti laut seperti scuba diving, snorkeling dan water sport.
Seronoknya nak tidur dengar desiran ombak.Keluar sahaja di beranda dapat lihat kecantikan pantai dan boleh memancing di depannya jika minat memancing.
Bilik yang cantik dan susun atur bangunan yang menarik.Jadi sedang mencari masa yang sesuai untuk rancang percutian.
Dah bercuti rasa tak puas pula jika tak 'pekena"makanan popular di pulau pangkor iaitu laksa mi atau lebih dikenali dengan nama ‘Laksa Mi Pangkoq’.
Dah bercuti rasa tak puas pula jika tak 'pekena"makanan popular di pulau pangkor iaitu laksa mi atau lebih dikenali dengan nama ‘Laksa Mi Pangkoq’.
Istimewanya, laksa mi tidak menggunakan mi biasa atau laksa tetapi mi yang diadun khas dan disertakan bersama sup jernih berasaskan ikan atau udang, sambal tumis merah, hirisan kacang panjang serta lobak masin.
Selepas makan, apalagi misi untuk melawat tempat peninggalan sejarah ratusan tahun lalu iaitu Kota Belanda dan Batu Bersurat di Kampung Teluk Gedung.
Tarikan lain di pulau berkenaan antaranya Galeri Pangkor, Taman Tarikan Foo Ling Kong dan Sunset View Chalet Teluk Nipah untuk aktiviti memberi makan burung enggang, aktiviti pembuatan bot dan perkampungan nelayan di Kampung Teluk Dalam.
Ahh sebelum pulang, takkan bawa tangan kosong ? jadi boleh lah membeli hasil laut seperti ikan bilis, sate ikan, sotong kering, ikan pedas dan pelbagai produk berasaskan hasil laut di sepanjang jalan Pekan Pangkor atau beli terus di kilang.
Siapa ada pengalaman ke sana? Cubalah share.
16 Ulasan
www.cikza.com