Ticker

6/recent/ticker-posts

Untuk bahagia jangan jauh-jauh dengan Allah , sabar dan solat.



Assalamualaikum

Sedang khusyuk aku mendengar lagu "rapuh" nyanyian opick. Bait-bait lirik cukup padu menusuk jiwa.Tetiba telefon berdering.

Acik ! , boleh kita jumpa?



Otak ligat memikirkan siapa dia ?
Oh suara ini aku cukup kenal.InshaAllah boleh, sahutku.

Setelah kami tetapkan tempat untuk berjumpa. Aku nampak seorang lelaki sedang berjalan. Wajah itu cukup redup, nampak penuh dengan masalah dan persoalan.

Allahuakbar kawanku, kenapa muka sedih je nie. Merah-merah , nak cendol ?

Aku cuba menghiburkan suasana, nampaklah mukanya ada sedikit senyuman.

Acik aku tak tahanlah acik, kenapa  Allah ? Kenapa aku di uji macam nie !! Hidup aku hancur ! , balasnya.

Kenapa nie ?  istigfar, ceritakan pada aku.Balasku.

Acik , aku selalu bersedekah, jaga mak ayah aku. Tapi aku banyak kali gagal dalam hidup aku. Kerjaya tak menentu, ujian datang menimpa-nimpa. Dan aku baru di uji lagi, baru putus tunang acik. Masa yang sama kedai aku kt Kota Jaya dah kena tutup, masalah kewangan. Apa salah aku acik ?

Solat aku jaga, amalan sunat aku jaga. Apa lagi yang kena aku buat acik ? Tolong bagitahu aku.

Jangan sangsi dengan Allah sahabatku. Kau sedang marah tu, istigfar ingat Allah. Jangan emosi kau buatkan jauh dengan Allah.

Jangan biarkan syaitan kaitkan emosi kau buatkan jadi ragu.

Biarlah kau jatuh tersembam ke bumi sekalipun.
Biarkan jiwa kau di racik-racik di sirami air limau sekalipun.

Tetapkan pendirian kau, jangan sangsi dengan Allah.

Kau tahu aku pun tak lepas di uji. Cuma hanya aku diamkan, yakinkan diri. Iman kita ini ada turun naiknya, bila dia jatuh itu jangan biarkan jatuh terlalu lama. 

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu sebelum kamu? mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (dengan ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: “Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah).
(Al-Baqarah: 214)
Aku lihat air matanya mengalir dengan deras. 

Apa yang perlu aku buat acik ? balasnya. 

Yakinkan hati kau, selalu zikir di dalam hati kau. Jangan biarkan ada brasa ragu.

Kuatkan dalam hatimu bahawa ma fi qalbi  ghairullah dengan maksud. Tiada di dalam hatiku kecuali Allah.

Aku dan kau akan terus di uji sehingga helaan nafas terakhir kita. Jadi sabarlah.Berdoalah...yakinlah.

Aku pun seperti kau, ada masa-masanya lalai dan leka. Tetapi  untuk menyalahkan Allah dalam sesuatu pekara itu tidak adil. 

Di  sebalik ujiannya, di hadirkan juga jalan untuk kita keluar dari masalah tersebut. Allah ada pelbagai cara untuk membantu menyelesaikan masalah.Jadi jangan jauh--jauh dengan Allah , sabar dan solat.

Aku lihat dia hanya terdiam sahaja. Semoga Allah permudahkan urusan sahabatku ini.

Catat Ulasan

1 Ulasan

paridah berkata…
JAUHI PRASANGKA TERHADAP ALLAH INSYAA ALLAH MUDAH MSLH KITA