Asam garam kehidupan,
Kita bertemu, berkenalan iaitu proses taaruf. Mengenali satu sama lain, ianya proses biasa dalam kehidupan kita.
Proses mengenali melalui teknik bawang. Bukan mak cik bawang tetapi "slice of onion" di mana kita mengenali dari setiap lapisan demi lapisan. Bahasa mudah, proses berkenal tentang dia , kehidupan dia dan latar belakangnya.
Ada yang pada kita cukup serumpun dengan sikap kita, ada yang bertentang dengan kita. Dalam tak sedar Allah hadirkan ujian dalam proses berkenalan itu.
Ada ketika kerana salah faham pekara kecil, ada itu di uji sebab lelaki atau perempuan. Ada itu di uji sebab cemburu, ada di uji dengan perpisahan dan ada di uji dengan persahabatan.
Lalu hati gembira menjadi mencuka,
Suntikan nafsu amarah kembali memuncak,
Lalu di hamparkan ujian kembali.
Untuk memilih untuk tinggal dia atau terus bertahan.
Setiap hari proses yang sama manusia datang dan pergi. Mana yang di panggil sahabat sejati akan terus bertahan.
Bertahan dengan kata-kata orang,
Bertahan di uji dengan perangai,
bertahan menjadi pendengar yang baik,
bertahan waktu senang dan susah.
Begitu juga kau, hati, jangan waktu susah kau mengaku di sahabat dan waktu senang kau lupakan dia.
Begitu juga dalam soal jodoh. Proses taaruf itu sangat penting, ketahui latar belakangnya. Jangan terlalu beri perasaan berlebihan, sekadarnya dalam proses perkenalan.
Jangan bermain soal perasaan andai hanya sekadar cuba-cuba,"market". Letakkan perkenalan itu untuk melangkah ke arah perkahwinan.
Bertemu seseorang itu biasa, tetapi seseorang yang mampu bertahan dengan kita sikap dan perangai kita.
hargai dia..
Jangan persiakan,tak semua mampu terima kekurangan kita. Terima kita seadanya. Jangan kita terus rasa selesai.
1 Ulasan