Ticker

6/recent/ticker-posts

Viral Selipar Bata Tun Mahathir & Koleksi Bata Hari Raya 2018



Raya tiba raya tiba !

Bagaimana persiapan raya kamu semua ?

Alhamdulilah, semua sudah selesai.Baju selesai cuma tinggal kasut sahaja. Penangan viral selipar yang di pakai oleh Tun Mahathir jenama Bata, aku pun terikut mencari selipar tersebut. Aku pergi ke branch Kota Tinggi, girangnya hati ada stok selipar tersebut.




Masuk tujuan nak beli selipar saje tapi mata terarah ke kawasan kasut lelaki. Dengan penuh mesra juru jual bagitahu itu antara koleksi Hari Raya 2018.







Memang cantik menepati kateria yang aku suka. Jahitan dia kemas, rekaan simple tapi kemas. Tapak kasutnya bukan jenis licin kalau kena air.Bila pakai memang selesa di kaki dan paling beruntung size ada. Size 10, lega sangat dan ini pilihan aku.





Harganya pula, Hanya RM 99 sahaja bertepatan dengan kualitinya.

Bata ada buat promosi ?

Tentu lah ada,bagi pembelian RM 99 ke atas akan dapat diskaun 10% dan voucher RM 25.

Kalau berbelanja RM 149 ke atas akan dapat voucher RM 25 dan 1 beg Marie Claire Wristlet.

Comel begnya.





Banyak cantik-cantik koleksi Raya 2018 tahun nie. Bukan kasut lelaki sahaja malah kasut wanita. Pelbagai pilihan ada kasut kasual, sandals, kasut sport dan pelbagai lagi. 

Tidak lupa juga koleksi kanak-kanak yang mempunyai pelbagai pilihan menerusi rekaan dan warna terang, sesuai denga jiwa kanak-kanak.

Tinggal pilih sahaja. 

Bata jenama yang dah lama tetapi masih berdaya saing dari rekaan dan mementingkan keselesaan pengguna. Aku dari kecil pengguna setia Bata, jadi aku percaya dengan kualiti bata. 



Catat Ulasan

11 Ulasan

Juls Julie80 berkata…
memang viral selipar tun tu..


aritu masa mula2 viral, bila tgk selipar tun tu..rasa sebak plakk.. sbb arwah ayah mmg guna selipar jenis tu dari dulu... :'(
Cik Nor berkata…
harga setanding kualiti..:)
aboya berkata…
yupp... rata2 ayah2 kita dulu memang pakai selipar bata Tun M tuu kan
semalam beli kasut anak2. selipar tun M tu terlupa lak nk tgk. pastu best dpt MC Wrislet tu. Comel..
SalinaJohari berkata…
bata memang tahan lasak dan harga pun berbaloi
Nina Mirza berkata…
BATA memang pilihan kak nina sekeluarga. Tahan lasak, berkualiti dan paling penting harga mampu beli.
diaripink berkata…
Bata memang best.. comfort pilihan terbaik
cari kerja johor berkata…
hahaha semalam baca entri nie..terus beli selipar tun M ..Naseb ada lagi stock
mas saari berkata…
Smartlah kasut tu, nanti nak pergi usha kat bata jugak. Boleh suggest kat husband suruh beli.
Mrs Pip berkata…
MrsPip pun suka shopping kasut kat Bata ...
Harga affordable gitu.
Mar Mansor berkata…
selalu juga beli sandal di bata.
Janji Kita