Ticker

6/recent/ticker-posts

Allah hantarkan seseorang untuk jadi pembimbing kamu mencari jalanNya



Assalamualaikum

Aku tidak lepas diuji,
Alam juga terdapat ujiannya walhal dia batu kecil,
Jangan biar hati itu ragu,
Ragu pada penciptanya,
Kerana Allah itu selalu ada,
Cuma cara "hadiah" di hadirkan itu berbeza bukan mengikut apa yang kita mahukan tetapi di beri apa yang kita perlukan.

Manusia hatinya berbolak balik, cepat berubah mengikut keadaan, masa dan tempat. Kadang kala sekelip mata dan kadang kala teguh bagaikan batu di tengah lautan.

Latarbelakang kisah hidup kita juga berbeza. Ada yang Allah takdirkan dari keluarga yang senang, keluarga yang alim, keluarga berpecah belah dek kerana perceraian dan dari keluarga kurang bernasib baik. 

Allah hadirkan untuk kita saling berkenal-kenalan satu sama lain untuk kita mencari redha Allah. 

siapa yang berusaha pasti ada jalanNya. 

Berusaha mencari Allah. Mencari cintaNya yang kekal abadi. 
Tidak selamanya kamu jahat akan terus jahat. Tidak semestinya dirimu di pandang mulia boleh menghina orang lain.

Siapa yang bersungguh, ikhlas dalam pencarian tuhannya, tidak akan terlepas dari ujiannya. Kadang kala bertalu-talu bagaikan peluru membidik badan. Tiada kesan tetapi terasa sakitnya dalam. 

Lalu di hadirkan "insan" di sekeliling kita dengan pelbagai cara yang juga mencari tuhannya untuk kuatkan dan teguhkan hati bahawa Allah itu ada. Allah gerakkan hatinya untuk membantumu dan jadikan dirimu dekat kepada Allah.

Qul huwallahu ahad artinya: “Katakanlah (wahai Muhammad) bahwa Allah yang Maha Esa.”
Allahu somad artinya adalah bahwa Allah merupakan tempat atau Tuhan untuk bergantung dari segala sesuatu yang ada di alam semesta.
Lam yalid walam yulad artinya adalah Dia (baca: Allah) tidak beranak dan juga tidak diperanakkan.
walam yakullahu kufuwan ahad artinya adalah bahwa tidak ada seorang (atau makhluk) pun yang setara (sebanding) dengan-Nya.

Jangan di hina mereka yang pada kita dia kurang baik.Tetapi doakan dia moga Allah beri hidayah padanya. Mungkin satu hari nanti dia jadi lebih baik dari kita.

Didik hati kita melihat kebaikan inshaAllah kebaikan akan hadir. Andai keburukan yang kita didik, maka keburukan jugalah yang kita nampak. 

Jagalah hati kita kerana ianya penentukan kita kelak. 

Allah hantarkan seseorang untuk jadi pembimbing kamu mencari jalanNya. 

InshaAllah semoga di permudahkan.



Catat Ulasan

0 Ulasan