Kita bertemu, berkenal itu adalah sebahgiaan takdir.Tetapi selebihnya ada perilaku kita, niat kita dan doa kita.
Ada yang di uji bertahun-tahun "couple" tetapi bukan di takdirkan bersama.
Ada orang cepat jodohnya,
Ada orang lambat jodohnya,
Ada orang jodoh hanya sekerat perceraian mula timbul,
Ada orang jodoh hanya setahun kematian menjemput,
Ada orang tiada bertemu jodoh sehingga kematian datang,
Tetapi sesuatu yang lara apabila kita jumpai seseorang yang baik akhlaknya, jaga diri kita dengan baik. Tetapi di persiakan. Di tinggalkan kerana merasa ada insan "lebih baik" di matanya.
Hati-hati bila buang orang. Kelak akan ada orang lain yang kutip dan menjaganya sehabis baik. Masa itu kamu nak menyesal, nak jilat balik apa yang dah diludah pun tak mampu.
Kalau seseorang itu dah move on, jangan harap dia kembali.
Jika suka dia, ambillah tindakan. Jagalah dia dengan elok-elok mengikut landasan agama kita.
Ujian itu pasti ada, hadirnya insan-insan lain.Berdoalah pada Allah jaga perhubungan itu kerana Allah. Andai tidak di takdirkan bersama moga datangnya juga penuh dengan kebaikan.
Kerana luka yang dah berdarah ambil masa untuk sembuh, mungkin berbulan, bertahun.
Tapi setiap itu kadangkala terselitnya ujian antara kita dan dia
Kita haruslah berusaha, berdoa dan tawakal apabila takdir berbicara , bukalah pintu hati untuk mendengarnya.
Dalam setiap musibah pasti ada hikmah.Dalam setiap hikmah pasti ada mehnah dan maghfirah.
Paling penting berdoa,sebutkan nama dia dalam doa kita. Allah itu maha Mendengar.
Hargai seseorang itu.
Andai kamu lelaki jadikan dia seorang yang halal bagimu.
Andai kamu perempuan lengkapi diri dengan sahsiah dan peribadi melengkapi jadi bakal isteri dan ibu yang terbaik.
1 Ulasan