Assalamualaikum
Pertemuan bertemu dengan rakan-rakan semasa
berkunjung ke rumah mereka sangat memberi makna. Dalam hidup kita tak lepas
dari ujian, ujian itu datang tanpa di sangka dan tanpa kita duga.Ianya mencelah
dalam hidup kita di sebalik kebahgiaan dan kesedihan yang kita alami.
Pertemuan dengan seorang kenalan, Dahulu
dia adalah seorang yang hebat dan sangat aku kagumi dari segi peribadi dan
perilakuan dia. Lama aku cuba contact dia , tetapi tidak dapat menghubunginya.
Kali ini aku bertemu dengan dia, dia terbaring tak bermaya. Kurus badannya, aku
cuba dekati dia.
Dia masih ingat aku, aku lihat air matanya
bergelinangan. Dapat tahu dia dapat penyakit misteri. Berjumpa dengan doktor
tetapi doktor kata dia okey. Tapi lihat keadaannya sangat bermaya, Ijazahnya
tak dapat di teruskan dan impian jadi Peguam tidak kesampaian.
Pertemuan kedua seorang sahabat sewaktu menyertai
kem dahulu. Aku dihubungi untuk seorang kenalan untuk pergi ke rumahnya.
Puas aku mencari di mana dia ?
Tercari-cari dan akhirnya aku kenal wajah dia
walaupun sedikit berubah tetapi aku kenal dia. Pada mulanya aku sapa dia, dia
seolah tercari-cari aku walhal aku di depan dia. Ya Allah dia kehilangan kedua
belah matanya kerana kemalangan yang lepas.
Aku bertanya padanya ,Kenapa kau tak beritahu apa
yang terjadi ?
Aku cuma belum berkesempatan nak bagitahu kau.
Cuma aku perlukan kekuatan, Allah uji aku, aku
percaya Allah tahu kemampuan setiap hamba-Nya.
Besar keprihatinan kita terhadap diri kita, besar lagi kasih-sayang Allah
kepada kita. Kita diuji bukan saja-saja. Allah mahu kita mempersiapkan diri
untuk ujian yang lebih besar di kemudian hari.Allah mahu kita matang dan jadi
seorang yang berpengalaman. Maka yang demikian, bersyukurlah ketika
menghadapi ujian yang terasa berat, membebankan, menyerabutkan dan
menyeksakan itu. Allah tahu aku mampu.
Aku hanya diam dan melihat dia buatkan
aku sebak
Kau tahu, udara kau hirup ini tidak semestinya
dapat merasainya kelak,
Air hujan yang membasahi bumi ini mungkin akan
menerpa diri,
matahari yang terik ini mungkin kali terakhir kau
dapat lihatnya,
Kerana kita tak tahu takdir kita, ujian kita.
Mulailah dari sekarang kita persiapi diri kita
untuk bersedia untuk sebarang kebarangkalian.
Paling penting sabarlah wahai hati. Selagi kita
ini hidup, memang tidak akan terlepas daripada ujian. Manusia yang mengerjakan
kemungkaran pun diuji, inikan pula kita yang mahu mengerjakan ketaatan. Senang
kata, duduk goyang kaki saja pun akan ada ujian yang datang menyapa.
Tanpa diundang, ia bertandang. Tanpa dicita, ia menerpa.
Hidup, bagaikan perjalanan. Ada masa… jalan yang
kita lalui itu landai. Mendatar saja. Tak perlu guna banyak tenaga. Kita akan
tenang melaluinya. Namun, yang namanya kehidupan tidak selalu senang.
Mahasuci Allah yang
menguasai segala kerajaan, Dan Dia Mahakuasa atas segala sesuatu. Yang
menciptakan mati dan hidup, untuk menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih
baik amalnya. Dan Dia Mahaperkasa, Maha Pengampun.”
– Al-Mulk: 1-2
Lama aku memikir, setiap apa yang terjadi ini
Allah nak kita belajar dari apa yang terjadi pada diri kita mahupun orang
sekeliling. Pandanglah sesuatu yang terjadi itu dengan positif dan
professional serta cubalah belajar dari setiap yang kau perhati.
Mungkin dari situ kau dapat ingat Dia.Usahalah
untuk menyelami perasaan ‘semakin diuji, semakin mendekat pada Ilahi’.
Teruskan bersangka baik dan berlapang dada saat
teruji. Cukup kita tahu, Allah itu tidak pernah ‘berehat’ daripada menguji
kita. Ujian-Nya bahkan tanda cinta untuk kita bersegera selalu meluah syukur
dan adu istighfar hanya ke hadrat-Nya.
Yakini selalu. Andai niat kita betul,
lillahitaala – Allah akan permudahkan segalanya, insya-Allah. Adapun, kemudahan
yang Allah beri itu tidak semestinya seperti apa yang kita bayang dan harapkan.
Jangan risau. Allah Ar-Rahman. Allah Ar-Rahim.
Takkanlah Allah nak hampakan niat baik hamba-Nya yang dalam proses mahu
memperkukuh hubungan terhadap-Nya kan?
Allah sedang ‘membina’ tempat kita di
syurga.
Allah sedang ‘membawa’ kita dekat
pada-Nya.
Jadi…bersabarlah ya. Minta yang terbaik daripada
Allah.
0 Ulasan