Ada orang kata bahagia itu bila ada duit banyak, kereta besar dan rumah besar ?
Andai itu definasi bahagia pasti si kaya sahaja yang bahagia. Tetapi rumah besar, tetap jiwa sepi , kosong seperti padang pasir.
Tetap tidak bahagia.
Pada aku bahagia itu subjektif mengikut situasi dan keadaan seseorang. Walaupun di hidup kekurangan tetapi dia tetap boleh bahagia. Bahagia dengan cara tersendiri yang di bawa.
Jadi ianya tidak terbatas dengan material sahaja tetapi melibatkan mental, fizikal dan persekitaran kita.
Bahagia ialah apabila kita bersama-sama mencari redha Allah.
Tetapi bahagia itu dapat di rasai dan dialami sendiri. Bahagia itu bila..
Bahagia itu menjadi diri sendiri
Bahagia menjadi diri sendiri tanpa ada sekatan, tanpa ada paksaan dari sesiapa sahaja. Bebas membuat keputusan, bebas untuk buat pilihan dan tak perlu jadi seperti orang lain mahukan.Kamu ada pilihan untuk bahagia dengan menjalani kehidupan kamu sendiri, mencintai seseorang yang kamu sayang dan bersama dengan orang yang penting dalam hidup kamu.
Bahagia itu apabila sihat
Bahagia itu bila kamu dapat lakukan aktiviti yang kamu suka. Dapat berlari dengan bebas, dapat makan apa yang kamu suka. Bila kamu sihat kamu dapat lakukan apa sahaja yang kamu suka, pilihlah bahagia tersebut. Jagalah kesihatan diri kita & pemakanan kita.
Bahagia itu bila memberi
Orang kata untuk bahagia kita harus selalu memberi. Kerana memberi itu buatkan kita lebih gembira, lagi-lagi pada mereka yang sangat memerlukan. Bila gaji belanjalah mak dan ayah makan, buatkan mereka bahagia dan kita juga akan turut rasa bahagia.
Tidak semestinya dengan duit, tapi berikan senyuman, ilmu yang kita ada dan berkongsi pengalaman kita.
Bahagia itu bila meluangkan masa bersama yang tersayang
Dalam dunia ini tak semuanya kita dapat bersama dengan kita suka dan sayang. Tetapi buatlah pilihan untuk bersama orang yqng kisah sayang. Ibu bapa kita, adik beradik kita dan sahabat kita.
Mereka adalah anugerah paling indah yang ada dalam hidup kita. Siapa yang selalu ada ketika anda susah dan senang kan? Tak ada harta yang lebih berharga selain meluangkan masa bersama yang tersayang.
Bahagia itu dicintai dan dihargai.
.
Siapa yang tak suka dicintai dan dihargai? Semua orang, termasuk kamu akan berbahagia jika ramai yang mencintai dan menghargai kamu.
Bahagia itu bila dapat memaafkan.
Turunkan ego untuk memaafkan yang lain mahupun meminta maaf .
Tak rugi jadi orang yang pemaaf , sebab kau takkan simpan satu masalah penyakit , iaitu "PENYAKIT HATI" Moga kita dijauhkan . tolong mindset minda jadi orang yang postif . jangan jadikan sekecil-kecil masalah itu adalah masalah yg paling besar . cari jalan bukan cari alasan.
Bahagia itu bila kau selalu menjaga hubungan dengan penciptamu.
Mungkin berkali-kali kamu di uji bertalu-talu.Kalau kamu percaya ada pelangi selepas hujan kamu percayalah ada kebahgiaan selepas kesakitan yang kamu alami.
Jangan membenci siapapun, walau ada yg menyakiti kamu.
Jangan bersedih secara berlebihan, dan perbanyakkan berdoa .
Hiduplah dalam kesederhanaan sekalipun serba ada.
Berbuatlah kebaikan sekalipun banyak musibah dan sentiasa berbaik sangka terhadap Tuhanmu.
1 Ulasan