Assalamualaikum
Musim beraya belum lagi habis, kunjung mengunjungi rumah
kawan-kawan dan kenalan suatu kemestian. Banyak pekara di buatkan tiba-tiba aku
di tanya oleh seseorang.
" Kenapa semua benda nak rahsia, jodoh di sebut rahsia,
rezeki pun tetap jadi rahsia, kenapa ? " Tanyanya.
Aku hanya tersenyum sahaja.
Rahsialah baru best, sebab buat kamu ternanti-nanti,
tertanya-tanya, tertunggu-tunggu dan paling penting ajar kamu untuk
sabar.Walaupun mungkin untuk jangka masa yang panjang. Ianya telah di takdirkan
untuk kita. Hanyalah kita akan dihamparkan takdir itu pada masa dan keadaan
yang yang tepat.
Cuba kita bayangkan apa yang akan terjadi apabila soal jodoh
itu bukan lagi rahsia. Kita sudah tahu siapa jodoh kita dan kita pasti kita
akan menikahinya. Apa perkara awal yang akan kita lakukan kepada jodoh kita
itu, selepas mengetahuinya? Bercinta? Berzina? Apa agaknya? Pasti aturan tertib
dunia berkenaan pernikahan menjadi kucar-kacir.
Mari kita bersyukur kepada Allah kerana sudah merahsiakan
jodoh kita. Hasilnya, kesucian jodoh itu terpelihara. Jelas sekali, misteri
jodoh itu dapat membuat kita terkejut, terpesona malah tergamam ketika perihal
jodoh sudah ditetapkan, akad nikah sudah dilafazkan dan cincin sudah
disarungkan ke jari manis pasangan kita.
Ya, jodoh tetap menjadi teka-teki Allah yang tidak terungkap
sebelum sampai waktunya. Tidak hairan ada yang sanggup mereka-reka jodoh yang
sesuai dengan kemahuan sendiri. Ramai yang bercinta dengan alasan sedang
mencari jodoh. Tidak sedikit juga yang enggan bercinta sambil berkata,
"Sekiranya ada jodoh, tidak ke mana." Ada juga yang tekun beribadah
dan rajin berdoa semoga dikurniakan jodoh. Ibu dan ayah pula sama-sama ikut
pening memikirkan soal jodoh anak-anak. Oleh kerana takut anak tidak laku,
mereka mencarikan jodoh dalam kalangan keluarga sendiri. Perkara-perkara itu
berlaku pada kebanyakan manusia apabila menyentuh perihal jodoh.
Berbicara soal jodoh :-
Maha suci Allah yang menciptakan semuanya berpasangan daripada yang ditumbuhkan di bumi dan diri mereka, juga daripada apa yang mereka tidak ketahui”
Surah Yasin, ayat 36
Jodoh juga seperti suatu perjalanan, kalau jauh destinasinya,
maka jauhlah perjalanannya sebelum tiba ke destinasi. Ada orang jodohnya cepat,
malah ada orang sudah ditakdirkan jodohnya lambat. Tidak ada sesiapa yang mampu
melawan takdir Allah, ternyata setiap kelewatan pasti ada hikmahnya.
Jodoh itu juga satu penantian
"la awak jodoh saya, lama sangat saya tunggu"
Jangan lupa ajal juga satu rahsia Allah juga. Jika
ianya sudah di beritahu awal-awal maka seisi alam kyusuk beribadah.
Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Setiap yang hidup
akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan
sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu akan kembali." (Surah al-Anbiyak
ayat 35)
Tiada seorang pun di dunia ini dapat menggambarkan bagaimana
perasaan dan pengalaman mereka menghadapi saat kematian. Ajal tidak mengenal
sesiapa sama ada mereka itu tua, muda, sihat, kaya atau miskin.
Rasulullah SAW juga menjelaskan dalam hadisnya bahawa
kesakitan ketika hampir mati itu seperti ditetak 100 kali dengan pedang tajam
atau seperti dikoyak kulitnya dari daging ketika hidup-hidup. Bayangkanlah
betapa sakit dan dahsyatnya saat menghadapi kematian.
Kalau hendak diikutkan siapa yang hendak nyawanya dicabut
dalam keadaan yang amat menyeksakan. Maka amat beruntunglah sesiapa yang
matinya dalam keadaan husnul khatimah (kematian yang baik).
Rasulullah SAW. pernah berpesan bahawa orang yang sebenarnya
cerdik ialah orang yang mengingati mati, lalu dia mempersiapkan diri untuk
menghadapi saat-saat itu. Jadi apabila tiba masanya dia tidaklah kelam kabut
atau menyesal berpanjangan.
Jika Allah zahirkan tarikh dan tempat kematiannya pasti
hamba-hambaNya tidak dapat menjalani kehidupan ini dengan lebih sempurna,
lihatlah banduan yang berada dibilik akhir sebelum dihukum gantung,
mereka telah hilang akal dan melakukan perkara-perkara diluar akal kita kerana
akal mereka sudah tidak berfungsi lagi.
JUST GO WITH FLOW. InsyaAllah, everything will be fine and
perfect.
Aturan
hidup kita, tiada siapa yang berani kata pasti kerana hanya Allah
sebaik-baik perancang kepada hamba-Nya.
Boleh
jadi yang digenggam kemas-kemas saat ini, itu yang akan dilepas selama-lamanya
nanti. Ada juga yang berpisah setelah lama bercinta kerana baru sedar cara
mereka ‘salah’.
Masing-masing
mencari diri dengan bertaubat pada-Nya dan akhirnya Allah pertemukan mereka
kembali. Rahsia jodoh itu unik kerana DIA tahu apa yang terbaik untuk
hamba-Nya.
5 Ulasan