Ticker

6/recent/ticker-posts

Allah pertemukan kita dengan seseorang pasti ada sebab


Allah pertemukan kita dengan seseorang pasti ada sebab. Sama ada baik atau buruk, pasti ada hikmah dan pengalaman yang mengajar.

Aku akui kenyataan di atas, cerita ini tak ramai yang tahu tetapi aku nak kongsikan sebagai tauladan. 

Aku kenal dia masa sertai Jambori di Langkawi.Dia seorang perempuan yang pendiam, suka senyum.

Aku kebetulan satu group dengan dia, aku jenis tak banyak cakap, dia pun sama tetapi kami komunikasi dengan senyuman. Dia senyum aku senyum. Haha

Sampai ke sudahlah.. tetapi yang buat aku tertarik dengan dia bila habis program mesti dia buka buku kecil dan kumat kamit membaca sesuatu. 

Aku selalu perhatikan dia.

Aku tekad nak bercakap dia, aku beranikan diri dan tanyakan macam-macam dengan cepat.

Ehh awak nie macam polislah, tanya macam-macam. Dia senyum.

Kami jadi rapat dan rupanya kami satu negeri. Lepas habis program itu, aku tetap contact dia. Kami selalu keep in touch.Dia selalu bagi semangat dengan aku, dia bantu dari segi pelajaran. Dia bantu juga untuk masuk politeknik dahulu. Saat orang lain tak ambil kisah pada aku.

Tapi satu hari aku mesej dia tak balas, aku call tak angkat. Bimbang betul.

Satu hari aku telefon lagi, ada orang angkat.Mak dia yang angkat, Mak dia bagitahu dia di hospital.

Cetus hati, patutlah lama dia menghilang. Aku tekad aku pergi ke HSI naik bus.

Tengok dia. Ya Allah, lihat dia terlantar.

Aku datang, mak dia sapa aku. Ehh ini acik kan. Mira selalu cerita pasal awak. Ini dia ada tulis dalam buku dia masa dia sehat dahulu.

Dia tulis tentang aku dan baca blog aku.
Allahurabbi.

Terkesan tulisannya, "Ketika Allah hadirkan seseorang itu, hadirnya memberikan senyuman dan kekuatan hati".

Lama dia terbaring kaku dia terlibat kemalangan dengan pakciknya. pAk ciknya meninggal di tempat kejadian, Mira pula sudah seminggu koma. 

Bacaan yasin aku alunkan padanya. Aku kunjungi dia lagi. Mak dia berikan sebuah buku lagi.

Aku baca, air mata ini mengalir.
Tulisannya yang masih aku ingat. 

"Ketika perasaan itu hadir, Allah mendidik hati untuk kembali kepadaNya agar hati tidak jauh darinya"

Aku hadirkan seorang lelaki ini berikan kembali senyuman yang sudah lama hilang.Rupanya dulu dia pernah alami kemurungan kerana tekanan hidup keluarganya bercerai.

Ya Allah baru aku tahu, selama ini aku lihat senyuman dia.Rupanya senyuman itulah yang kembali ada. 

Ada cuti, aku balik tengok dia. Bacakan yasin dan selalu bercerita dengan dia. Walaupun dia tak berbicara tapi aku tahu dia mendengar.

Kadang aku lihat air matanya mengalir. Allahurabbi.

Aku balik ke Melaka dan dalam doa aku aku selitkan nama dia. Satu hari aku dapat call dari maknya. 

Maknya bagitahu Mira dalam keadaan kritikal. Ya Allah hati aku bagai nak gugur. 

Allah lebihkan sayangkan Mira. Dia pergi tinggalkan aku. 

Kesan pemergian pada aku cukup terkesan. Sebab itulah aku lebih berhati-hati untuk dekat dengan mana-mana perempuan. Sebab aku selalu rasa dia selalu ada dengan aku.

Sehingga saat ini, aku masih tak lupa bagaimana rupanya dan senyuman dia.

Tetapi sepanjang aku berkenalan dengannya dia selalu ingatkan aku.

Apa yang aku rasa dan lalui yakinkan hati pada Allah. Berbicalah dengan Allah dia Maha Mendengar. 

Ayat yang pernah dia berikan pada aku. Allah hadirkan awak dalam hidup saya, untuk kembalikan senyuman saya dan berikan harapan bahawa Allah itu selalu ada dengan kita.

Al fatihah Untuk Nur Amira .Semoga di tempatkan dikalangan orang beriman.



Catat Ulasan

2 Ulasan

Redzanov berkata…
Sedih cerita ni��
I'mQueenJullie berkata…
Eah lebih kurang sma la cerita kita tapi bezanya aku xdala jenguk2 dia mklumla jauh & tikit mahal nk tebang ke selangor...sedih juga dia jalan awal