Ticker

6/recent/ticker-posts

Selamat Hari Raya Dari akupenghibur.com 2018



Alhamdulilah masih lagi bernafas di muka bumi Allah, marilah ucapkan syukur atas nikmat yang beri. Marilah kita berselawat ke atas junjugan besar Nabi Muhammad. Macam mana persiapan hari raya ? baju raya berapa pasang ? 

Rupanya ramadhan nak tinggalkan kita. Rasa sedih ramadhan nak tinggalkan kita.Setelah kita berjuang 30 hari berpuasa menahan diri dari makan dan minum serta mengawal nafsu. Tahniah kepada mereka yang puasa cukup dan dapat manfaatkan bulan ramadhan sebaik mungkin. Jadilah tiba masa kita menyambut hari kemenangan.

Hari raya adalah hari yang baik untuk kita pulihkan silaturrahim, betulkan balik hubungan yang pernah keruh dan jernihkan jiwa yang berkeladak jauhi prasangka dan sebarkan kasih sayang kepada semua. Moga jiwa-jiwa gundah gelana menjadi ceria bak menteri.

Di kesempatan ini, acik Acik dengan rendah hati memohon ampun ku susun 10 jari andai terkhilaf bahasa tersilap kata sepanjang perkenalan kita dan  kepada semua pembaca blog ini jika ada salah silap, terambil hati dan ada yang terasa hari dengan acik.Minta maaf jika ada terkasar bahasa, termarah dan segalanya.Acik juga minta maaf jika penulisan acik ada buat kamu terasa hati, buat kamu tersingung dan ada ayat yang kurang sesuai ,tegurlah jika rasa salah.Jika yang menyukai alhamdulilah. Kelemahan itu semuanya datang diri ini dan kelebihan semuanya dariNya. 

Acik juga telah memaafkan semua orang yang pernah buat dengan acik. Biasalag kita tak lari dari buat kesilapan.Acik ada beberapa pesanan untuk kamu.

Tips persiapan untuk perjalanan jauh (balik kampung)

1. Service kereta atau motor kami sebelum memulakan perjalanan yang jauh.
2. Pastikan rumah berkunci dan jangan lupa tengok gas di rumah terpasang atau tidak. Tanggalkan kepala gas dari gangangnya. 3.Pastikan cabut semua kepala plug dari rumahnya, kalau peti sejuk tu takpe. Yang tak guna tu elok di cabut takut berlaku litar pintas. 
4. Jangan tinggalkan kunci pendua di rak kasut, dalam pasu, dalam peti surat dan sebagainya.
 5. Pastikan barang berharga di simpan tempat yang selamat. 

Peringatan semasa hari raya 

1.Jangan makan berlebihan dan luar dari kebiasaan.
2.Jangan minum air berkabornat berlebihan dan jangan banyak minuman yang manis.
3. Jangan terlebih selfie nanti orang menyampah hehe
4. Jangan lupa nanti update blog untuk raya.

 Sekali lagi acik ingin ucapkan selamat hari raya maaf zahir batin. Kepada mereka berada di kota tinggi, jemputlah datang rumah. Kalau terserempat itu jangan segan silu tegur-tegur ye

Pantun Hari Raya 2018

katak kenyang lalu tertidur,
Gajah pitam lantas terjatuh,
Andai tak sampai tangan menghulur,
Ku pohon keampuanan dari jauh.

Selamat Hari Raya Aidilfitri! Maaf Zahir Batin

Tangan dihulur maaf dipinta,
Erat hubungan sesama kita,
Semoga gembira di hari yang mulia ini,
Salah dan silap harap dimaaf,
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Maaf Zahir dan Batin.

Satu Syawal menjelang tiba,
Takbir bergema mengegarkan jiwa,
Sekiranya ada salah dan dosa,
Ampun dipinta dihari mulia.
Selamat Hari Raya maaf zahir dan batin.

Gemersik takbir mengundang hiba,
Salam diutus tanda ingatan,
Syawal dinanti menjelang tiba,
Salam diutus pohon kemaafan.
Maaf zahir dan batin.

Cahaya ramadam berlalu pergi,
Menyambut tibanya Aidilfitri,
Ampun maaf segala peri,
Semoga ikatan kekal dihati.
Selamat Hari Raya Maaf zahir batin.

Catat Ulasan

1 Ulasan

Khir Khalid berkata…
Selamat Hari Raya Aidilfitri buat Acik dan keluarga. Maaf zahir dan batin.